Search This Blog

Sunday 30 September 2012

Sedih : Dari Sahabat Untuk Sahabat


Hari jumaat yang lepas, sedang aku leka dan kusyuk menghadap konsol permainan PS3 aku, tetiba, kekusyukan bermain terencat seketika bila henset iphone 4 aku berbunyi menandakan kemasukkan satu sms baru.


"huh,da abis opis hour pon ade sms lagi?" - suara2 kecil ketidak puasan hati bermain2 kerana mengandaikan sms tu atas urusan kerja, mmg sejak kebelakangan ni, lebih byk sms urusan kerja yang aku terima berbanding urusan personal dan cinta~


dengan dedikasi aku menekan butang "pause", mataku ku alihkan ke screen henfon ku ;

" 1 new message from samad "


"samad?betaun baru nak sms, ni lain tidak nak ajak g clubbing la ni" - hati kecilku mula membuat tuduhan liar
"naz, mlm ni spital selayang jom, saiful(bukan name sebenar) warded. kanser hati dow" - samad

"hah, kanser hati??!!" - fuh, penyakit paling membunuh la, nak begurau pun tak payah nak sampai main kanser hati.

"agak2 la der, nak bergurau tak payah lebey2 der" - sms balas ku hantar kepada samad.

"kalau aku tipu, ko bunuh aku" - sms balas samad


******


dalam perjalanan, aku dan samad sekadar mendiamkan diri. sisi releven otak kami berdua masih lagi gagal untuk menerima berita yang ku terima seketika tadi.satu persatu kenangan kami bertiga bermain di minda.


aku, samad dan saiful merupakan kawan yang akrab, sangat akrab. kadang kala aku rasa, hubungan aku dan mereka berdua lebih akrab dari hubungan aku dan 5 orang adik aku.kami bertiga memulakan sesi persekolahan di sekolah rendah yang sama. ditakdirkan berada dikelas yang sama dari darjah satu hingga ke tingkatan 3, bermain bola mewakili sekolah bersama, olahraga, badminton, juga bersama.boleh kate semua bende bersama la, kecuali tidur je lain2, sebab rumah lain2. err, kami juga meminati gadis yang sama di sekolah dulu~ ilya syazwani


saiful,orangnya aku boleh katekan memang sebijik perangai macam din beramboi, melawak memang tak pernah nak berenti, otak memang giler.dunia dia ibarat dipenuhi kegembiraan, nak tengok die sedih?memang susah yang amat.hati memang kental habis, aku yang sekarang ibarat bayangan dia, betol la orang kate, remaja mmg mudah dipengaruhi rakan sebaya.


*****

sampai di hospital, saiful sedang makan. bila nampak jer aku dan samad di muka pintu, senyuman di bibir beliau terus terukir.

"walaweh, kembar aku da sampai. hahahaha" perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau

"gini la member, makan tak ajak"- balas ku

"hahaha, jemput2" - pelawa beliau, " betahun da tak makan sesama ngan korang"

"giler, bukan ker baru bulan lepas kite makan kat kenny rogers, ko memang sengal la pul" - balas samad.

" hahaha, rilex la mad, pernah ke aku cakap bende yang betol.hahahahaha"


******


selesai makan,kami menghabiskan masa berborak. segala jenis cerita, berita, gosip, kenangan kami borakkan. dari situ jugaklahyang kami dapat tahu yang saiful kini berada di tahap kritikal kanser beliau. sudah 3-4 bulan lepas lagi beliau sudah tahun akan penyakit beliau, namun sengaja beliau sembunyikan dari pengetahuna kami berdua.


"ko ni pul, betul ke ko sakit ni,nampak cam orang sihat, ketawa memanjang" - soal samad

"abes?ko nak tengok aku sedih je la?" - soal saiful kembali

"takdela, aku kagum giler la ngan ko, serius dow, ko memang lagend la pul, kalau aku la, sure aku da terkulai kat katil, berair air mata da"- ujar samad lantas di sambut dengan anggukan kepala dari aku

"hahaha, der, korang da berkawan dengan aku dari sekolah rendah, 18 tahun da kite kenal, pernah korang tgk aku sedih?pernah korang tengok aku tak dapat ape yang aku nak?"



betol, memang die selalu dapat ape yang die inginkan sejak dari dulu. hidup dalam keluarga yang kaya memudahkan beliau memperolehi segala apa yang beliau ingini. hidup beliau mmg dari dulu, di penuhi dengan gelak tawa. sedih? memang takde la.


"ilya dulu pon aku yang dapat walaupon aku paling tak emsem. hahahaha" sambung saiful lagi


*******


"der,meh aku nak cakap,sejak dari aku kecil der, Allah tak pernah kecewakan aku. segala macam bende Allah beri pada aku. Allah beri aku keluarga,bagi aku kembar 2 orang ni, macam2 lagi. 24 tahun der Allah tak pernah hampakan aku, takkan la dengan ujian yang macam ni aku nak sedih2, nangis2 macam la selamani aku tak pernah hidup bahagia kan?ujian yang macam ni belum dapat memadamkan nikmat yang Allah bagi kat aku walaupon sikit tau. so knp aku nak kene sedih?"


mata aku da mula digenangi air mata. "member aku yang seorang ni memang kental" ujar aku di dalam hati saat mataku memandang mata beliau yang agak kekuningan akibat kenser


" korang pernag tengok kal ho naa ho kan?" soal saiful lagi

" pernah la derr" - jawab samad

" kan shahrukkan kate, ketawala, gembira la, kerana mungkin, esok tiada lagi.hahaha" - ujar saiful


airmata aku memang tak dapat di tahan lagi, pelahan air mata mengalir di pipi aku.

" ko ni memang ati lembut la naz " -

korang, if nanti aku da tak ada, korang kene janji dengan aku, jangan tinggal solat.aku tau korang kaki tinggal solat subuh kan?kan?hahah janji tau"


aku dan samad sekadar mengangguk. "ko memang sahabat la pul, ko memang betul2 sahabat"

malam itu terus berlalu. aku dan samad sama2 menemani saiful tidur di hospital malam itu, banyak yang kami bualkan. macam tak jumpe bertahun2 lamanya.


*******

di saat aku menaip entry ni, saiful masih lagi di hospital, tiada apa yang mampu aku lakukan lagi melainkan memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan yang terbaik kepada rakan karibku itu. amin~


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday 4 September 2012

MAAFKAN AKU SEBAB TERLAMBAT SAMPAI

tadi masa kat kedai mkn, aq nampak ada org berkerumun kat 1 tempat siap ada makcik jerit2 lagi.. aq pegi la sana nak tgk apa yg terjadi..
apa yg aq tgk sekor anak kucing kena belit dengan ular, di sebabkan aq tgk xde sorg pun tlg dengan anak kucing tu duk meow3.. aq amik kayu libas ular tu 3 kali baru ular tu pergi.. tp apekan daya kucing tu mati gak.. aq tanam tp hati nie terasa sebak gila.. Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter