Search This Blog

Sunday 24 February 2013

MALU DENGAN SIKAP SEGELINTIR REMAJA MELAYU

Ya Allah, sedihnya lihat perangai budak-budak melayu baru nak naik ni. Begitu negatif pemikiran mereka pada saudara baru. 

Kepada Adam Corrie , rilek bro ramai dibelakang anda. Tingkahlaku dan perangai seperti itu langsung tidak mencerminkan atau menggambarkan perangai orang Melayu dan Islam yang sebenarnya. Moga mereka tidak menjadi parasit di atas bumi sendiri. Bro Adam, sama-sama kita mencari keredhaan dari Allah, bukan keredhaan dari manusia.

Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka.
(HR Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hati-hatinya. Janganlah kalian mengumpat kaum muslimin dan jangan mencari-cari keaiban-keaiban mereka. Kerana orang yang suka mencari-cari keaiban kaum muslimin, Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang dicari-cari keaibannya oleh Allah, nescaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia).”

(Riwayat ImamAhmad dan Abu Dawud )

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Monday 11 February 2013

5 Tanda Awal Penyakit Jantung | Kesan Penyakit Jantung | Penyakit Pembunuh No 1 Dunia

TAJUK PADA KERATAN AKHBAR NI CUKUP MENGERIKAN SEMUAKAN.

1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.

nota :  sila rujuk nasihat pakar kesihatan .


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Saturday 9 February 2013

Kesalahan Dalam Ceramah Islam




semua orang tahu ISLAM ialah jalan kasih sayang..
tapi saya ada lihat sesetengah pihak yang buat ceramah di masjid terjerit2, masukkan unsur politik dan hina parti tu hina parti ni..

1 - Masid kat rumah Allah janganLah terjerit2 dan janganLah ceramah kaitkan unsur negatif
2 - sebagai seorang penceramah ISLAM anda xpatut lari dari topik asal ke politik dan ada unsur hina mana2 parti (ini mendatangkan provokasi)..
*2 cara di atas anda sampaikan ilmu tpi anda xdapat pahala..

ISLAM kan jalan kasih sayang.. bolehkan kita buat ceramah cerita yang positif.. jangan jerit2 di Masjid.. jangan hina mana2 parti.. masa kita sampaikan ceramah atau dakwah lupakan seketika dunia Politik tu... teguhkan dalam hati "Aku ingin sampaikan ilmu"..

Sumber : Nota Meor
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Monday 4 February 2013

CARA MENABUNG YANG BETUL

Cuba Lihat pada gambar "Bil Ajaib" yang sy sediakan.




saya tunjukkan bagaimana cara anda untuk simpan duit walaupan anda kata 100% dari gaji habis.

Percaya atau tidak sebenarnya anda hanya gunakan 80% dari wang anda dan lagi 20% ianya hanya terbang begitu...


20% yang saya maksudkan mungkin anda gunakan untuk beli barang sampingan iaitu Topup dan Rokok.

anda Boleh gunakan cara berjimat dengan 10% dari nilai sampingan itu untuk simpan duit di hari sesak nanti..


Contohnya saya masa umur 19tahun saya mula menyimpan 1bulan RM10 genap umur saya 20 saya duit simpanan sebanyak RM240.. itu masa saya belajar selepas saya kerja saya mula menyimpan sebulan RM25 dan kini umur saya 23tahun RM600 campur simpanan asal saya saya ada simpanan sebanyak RM840.. dengan nilai tu saya mampu berniaga di rumah sebagai penjuaL coklat dan berdiri sebagai internet marketer..



mungkin bagi anda nilai RM10 atau RM25 itu kecil untuk simpan tapi bab kata pepatah "sikit2 lama2 jadi bukit"



saya ingin kongsikan Ilmu saya cari tarik pelanggan dan mula bagaimana mula Bisnes di internet..

Siapa berminat boleh email saya di meor_shamsul91@yahoo.com atau tinggalkan email dan nama anda di ruang comment
hanya RM20
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Sunday 3 February 2013

BASIKAL


teknik ini di nama BASIKAL

bagi seseorang yang baru ingin cebur dalam bidang Bisnes

Mengendalikan sesuatu perniagaan adalah seperti mengayuh basikal. Anda Boleh mengayuh dengan laju atau perlahan. Apa yang penting sampai ke destinasi yang di tuju. Tetapi walau apapun yang andalakukan, jangan berhenti. Sebaik sahaja anda berhenti anda pasti jatuh.

Tanya diri dan 3 soalan yang penting ini :-

  1.  Apakah perkara paling penting yang anda ingin capai dalah hidup ini?
  2.  Apakah yang paling bermakna sekali dalam hidup anda?
  3.  Apakah anda ingin dikenali dan apakah yang ingin anda lakukan?


Kebanyakan Tokoh IM yang berjaya mempunyai matlamat dan bahagikan matlamat mereka kepada 2peringkat. Matlamat jangka panjang dan Matlamat jangka Pendek.


"Saya begitu penat mengayuh......Tetapi kalau saya berhenti, saya akan jatuh"

2 Matlamat :-

  1.  Matlamat Bulanan
  2.  Matlamat Mingguan

Ada lebih 70 lagi iLmu yang ingin saya sampaikan..
jika berminat sila email saya di 
email : meor_shamsul91@yahoo.com
Facebook : klik --> Meor

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Saturday 2 February 2013

Kesalahan Besar Dalam Bacaan Al-Fatihah




Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati
  •     DU LI LAH ( bila dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya DULILLAH
  •     HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya HI ROB
  •     KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KI YAU
  •     KANNAK (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAK
  •     KANNAS (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAS
  •     IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA….IYA bermaksud matahari.
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada
“matahari kami sembah dan kepada  mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!! ”
  •     SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
  •     AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)
Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter