Search This Blog

Monday 28 April 2014

683 penyokong Ikhwan dihukum mati

Minya (Mesir): Mahkmah Mesir hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas Ketua Ikhwan Mohamed Badie dan 682 penyokong pertubuhan itu.


Keputusan itu dibuat oleh Hakim Said Youssef Sabry selepas dua sesi perbicaraan yang mana sebahagian daripadanya diboikot pihak peguambela. 

Mahkamah sama turut meringankan hukuman mati ke atas 492 daripada 529 orang pada Mac lalu, dengan kebanyakan mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup.


SEORANG remaja Mesir menangis selepas mendengar keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman mati ke atas 683 pemimpin dan penyokong Ikhwan di Minya, hari ini. FOTO AFP

Keputusan mahkamah terhadap penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan lalu itu mencetuskan kecaman antarabangsa.


Mengikut undang-undang Mesir, kes hukuman mati akan dirujuk kepada ulama terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat. Mahkamah boleh memilih untuk menjatuhkan hukuman itu tetapi ia masih boleh dicabar di peringkat Mahkamah Rayuan. 

Daripada 683 yang dihukum mati hari ini, sebanyak 50 orang sahaja berada dalam tahanan. Hakim akan mengesahkan hukuman itu pada 21 Jun ini. Tertuduh lain yang belum ditahan berhak meminta dibicarakan semula jika mereka menyerah diri. 

Ini adalah kami pertama hukuman mati disabitkan ke atas Mohamed Badie, ketua ulama Ikhwan. 

Beberapa wanita ahli keluarga tertuduh yang menunggu di luar mahkamah pengsan sebaik mendengar keputusan mahkamah itu. 

“Di mana keadilan?”seru yang lain. 

Mereka yang dijatuhi hukuman mati itu dituduh terbabit dalam pembunuhan dan cubaan bunuh anggota polis di wilayah Minya pada 14 Ogos lalu, pada hari sama pasukan polis membunuh ratusan penyokong Morsi di Kaherah. - AFP 


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Friday 25 April 2014

Hudud: Perlembagaan boleh dipinda


SHAH ALAM – "Perlembagaan boleh dipinda tetapi al-Quran tidak boleh dipinda'" demikian kemas kini status Twitter terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Status itu dilihat seolah-olah membidas kenyataan Pengerusi Biro Perundangan DAP Kebangsaan, Gobind Sing Deo, semalam.

Melalui status itu, Khairy berkata permasalahan hukum hudud bukan soal pelaksanaan sebaliknya penerimaan hukum tersebut.

“Apakah pelaksanaannya (hudud) praktikal dalam negara seperti Malaysia? Apakah kita mempunyai persekitaran yang sesuai untuk ia dilaksanakan? Itu soalnya.

“Hudud bertentangan dengan Perlembagaan? Perlembagaan boleh dipinda. Al-Quran tidak boleh dipinda. Soalnya pelaksanaan bukan penerimaan,” tulisnya pagi ini.

Semalam, Gobind menegaskan bahawa DAP tidak akan sekali-kali takut dengan sebarang ancaman dan bakal terus menentang pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan melanggar peruntukan Perlembagaan dan bertentangan agenda PR.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menganggarkan hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Thursday 24 April 2014

Kubur Ibu Tunggal Adzlin Lin Halimi Bercahaya

Subhanallah Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya.



Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.
Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.
Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.)

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -sedekahkan Al-Fatihah
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Monday 21 April 2014

Tak nangis pipi tertusuk besi

Kota Kinabalu: Seorang murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart, Kota Kinabalu, nyaris maut apabila sebatang besi sepanjang satu meter tertusuk di pipinya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain di luar kawasan sekolah bersama rakannya sebaik selesai seisi persekolahan.
Namun, salah seorang rakan mangsa dikatakan terpijak penutup longkang berjalur besi yang karat hingga menyebabkan salah satu batang besi terjungkit.

Pada masa sama, mangsa yang melintasi longkang berkenaan tidak menyedari besi berkenaan lalu tertusuk sehingga menembusi pipinya.


Keadaan itu menyebabkan beberapa murid yang melihat kejadian itu menjerit ketakutan sebelum beberapa ibu-bapa yang kebetulan berada di situ memaklumkan kepada pihak sekolah.

Beberapa ibu-bapa yang turut menyedari kejadian itu turut membantu menenangkan mangsa.

Menurut saksi, sepanjang besi berkenaan tertusuk di pipinya, mangsa tidak menangis dan hanya mendiamkan diri.

Berikutan keadaan mangsa yang semakin lemah, orang ramai kemudian mengambil keputusan untuk mematahkan besi yang sudah berkarat itu sebelum mangsa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

Mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan mengeluarkan besi itu di HWKKS.


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Thursday 17 April 2014

Tindakan Wardina tidak adil

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas Don Daniyal hari ini tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan penggunaan hadis palsu yang dipertikaikan selebriti Wardina Safiyyah di Facebook semalam.
Menerusi rakaman video selama 18 minit, Don yang mesra disapa Ustaz Don mendakwa tindakan Wardina mempertikaikan ceramahnya hanya berdasarkan beberapa rakaman yang sudah disunting dan dimuat naik di Facebook tidak adil buat dirinya.
"Apakah niat sebenar Wardina memuat naik video yang telah diedit (sunting) sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda," katanya dalam video penjelasan yang tersebar luas di Internet hari ini.

Semalam, timbul kekecohan di Internet dan media sosial apabila Wardina dilaporkan mengecam kesahihan dakwah Ustaz Don yang didakwa menggunakan hadis palsu dan pendustaan dalam berdakwah.


Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu Wardina memuat naik status menjelaskan dia tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada teguran itu.


Wardina juga dilaporkan sedia berkomunikasi dengan Don bagi menjernihkan kekeliruan yang timbul.



Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Monday 7 April 2014

Maut dirempuh Pemandu Yang Sedang Asyik SMS

Johor Bahru: Seorang pemandu treler berusia 40 tahun yang sedang membuka ikatan tali kereta di atas kenderaan berat berkenaan maut selepas sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu oleh warga cina yang sibuk SMS terbabas petang tadi.
Kereta dipandu lelaki terbabit terbabas ke atas treler itu sebelum merempuh mangsa.
Kejadian berlaku pada jam 1.50 petang di tepi bangunan Pusat Servis, Pameran dan Jualan Perodua terletak di Jalan Tampoi, berhampiran Bandar Baru Uda, di sini.

Ketika kejadian, Kamarudin Abu Bakar yang berasal dari Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor mahu mengalihkan beberapa kereta daripada treler ke bangunan terbabit.
Secara tiba-tiba, sebuah kereta Perodua Alza terbabas dan merempuh Kamarudin hingga mengakibatkan mangsa yang bekerja di Syarikat Nexus Mega Carriers Sdn Bhd terseret kira-kira dua meter ke dalam treler dan meninggal dunia di tempat kejadian.

kejadian berlaku ketika mangsa mahu menurunkan kereta baru yang dibawa daripada sebuah kilang Perodua di Rawang ke bangunan berkenaan.




Al-Fatihah..
sedih.ngeri.pengajaran.ingatan
[SMS sambil driving.. kecuaian kita boleh jadi sbb kematian org lain.. ]
Kes ni kat Bandar Baru Uda, JB..
Arwah keje dgn perodua BBU, tgah buat persediaan nk turun kan kereta.
Tiba-tiba datang sebuah Alza dan terus naik atas tu melanggar arwah san myvi itu. Driver Alza tu budak muda. Dia tgah bce msj time tu. Cuba lari tapi berjaya ditangkap.
Ini je info. Ada pembetulan dan penambahan bolehlah kongsi
Aduhai... Innalillah



Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Friday 4 April 2014

PEMAJU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Kekecohan Berlaku di Flat terbengkalai Taman Mount Austin Johor bermula 9 pagi tadi hingga 11 tengahari tadi..









Kekecohan berlaku apabila pemaju yang bernama " Kong Sun " tidak bertanggungjawab dan terus hilang.. duit dah ambil tapi lesap, penghuni terpaksa menunggu dari tahun 2004 hingga 2014 projek hanya di jalankan separuh siap..

Penduduk mula marah dengan bawak sepanduk yang di tulis " Kong Sun Penipu, Pembeli Menderita " , " Rumah Kami Hak Kami " , " Bila Mahu Siap : dLL

Kami harap Pihak pemaju sila bertanggungjawab atas apa yang dah janjikan..

Maklumat terakhir tetang Pemaju ( Kong Sun ) :-
KONG SUN ENTERPRISE SDN.BHD.
2A & 6 JALAN SURIA 19,TAMAN PUTERA
81100 JOHOR BAHRU,JOHOR.

*Saya wakil dari #MediaNetwork dan #NotaMeor walau di tuduh SPY PEMAJU tadi oleh seorang pakcik saya tak marah saya datang hanya ingin membantu =)

Video semasa kekecohan tadi 
lihat di Youtube --> ( http://youtu.be/bk_j4P835s8 ) <-- KLIK
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday 1 April 2014

Sambung Solat Lepas Bunuh

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.
Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian. 
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.

ISTERI mangsa mengiringi jenazah suaminya ketika dibawa ke Kuantan, Pahang untuk dikebumikan.

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter