Search This Blog

Tuesday 9 April 2013

Penjenayah yang menyamar sebagai penghantar bungkusan



SHARING IS CARING: Tips elak tipu helah penjenayah yang menyamar sebagai penghantar bungkusan.

Jika ketika anda berada di rumah, dan didatangi oleh seorang individu yang mendakwa beliau dari syarikat perkhidmatan pos/ kurier dan turut mendakwa mempunyai bungkusan yang dialamatkan ke rumah anda, ikuti beberapa tips ini sebelum menerimanya:

1. JANGAN JADIKAN TABIAT untuk segera membuka pintu atau pagar rumah jika menerima kunjungan daripada orang yang tidak dikenali.

2. Pastikan beliau berpakaian KEMEJA RASMI syarikat. Satu kelebihan kepada anda jika mengingati warna atau rekaan pada kemeja rasmi yang digunakan oleh syarikat-syarikat perkhidmatan pos/kurier di negara ini.

3. TANYAKAN BEBERAPA SOALAN mengenai bungkusan yang dihantar. Misalnya nama, alamat serta nombor telefon pengirim serta penerima yang tertulis pada bungkusan tersebut. Jika beliau memberi pelbagai alasan untuk tidak menjawab soalan anda, JANGAN TERIMA BUNGKUSAN TERSEBUT.

4. Pada masa yang sama, HAFAL BENTUK FIZIKAL individu berkenaan. Maklumat sedemikian amat penting kepada pihak polis jika individu berkenaan bukanlah penghantar bungkusan yang sebenarnya. Tips tambahan: Ambil gambar individu tersebut secara bersembunyi menggunakan telefon berkamera misalnya.

5. Jika bungkusan tersebut dinyatakan atas nama ahli keluarga yang lain, AMBIL MASA SEBENTAR UNTUK HUBUNGI mereka dan dapatkan kepastian sama ada mereka ada membuat pembelian atas talian atau memenangi sebarang peraduan.

Dan akhir sekali,

6. Anda perlu PEKA KEPADA MASA/WAKTU bungkusan tersebut dihantar. Periksa waktu operasi syarikat tersebut yang sebenarnya. Jika ia dihantar agak lewat petang/malam, mohon ia dihantar keesokan harinya, kecuali anda telah pun dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak mereka waktu penghantaran ke rumah anda.

TinggaLkan Comment dan Pendapat anda
Sumber >> Nota Meor
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Friday 5 April 2013

Nama-nama Surga dan Neraka Dan Siapa Penghuninya



Nama-nama Surga dan Neraka Beserta Calon Penghuninya

Nama-nama Surga dan Calon Penghuninya

1.       Surga Firdaus,diciptakan oleh allah SWT,dari emas,penghuninya:
a.   orang yg memelihara solat dan senantiasa khusyuk,
b.   orang yg meninggalkan pekerjaan yg sia-sia
c.   orang yg membayar zakat
d.   orang yg menjaga kemaluannya,kecuali terhadap istrinya,Dan,
e.   orang yg memlihara amanta dan menepati janji

2.      Surga Adn,Diciptakan dari intan putih,penghuninya :
a.   orang mengerjakan kebaikan karena Allah ta'ala
b.   orang yg benar-benar,beriman dan beramal sholeh
c.   orang yg banyak berbuat baik
d.   orang yg sabar dan senantiasa menginfakkan hartanya,

3.      Surga Na'im,diciptakan dari perak putih, penghuninya :
a.   orang yg beriman dan beramal sholeh
b.   orang yg bertaqwa

4.      Surga Ma'wa,diciptakan dari Zamrut hijau, Penghuninya :
a.   orang yg bertaqwa Kepada allah Swt,
b.   orang yg benar-benar beriman dan beramal sholeh
c.   orang yg takut dengan kebesaran Allah Swt,dan menjaga hawa Nafsu buruk,

5.      Surga Darussalam,diciptakan dari yakut Merah,calonnya:
a.   orang yg kuat iman dan islam
b.   orang yg mengamalkan ayat-ayat al quran,dalam kehidupn sehari-hari

6.      Surga Darul Muqomah,diciptakan dari permata Putih,calonnya :
a.   orang yg kebaikannya lebih banyak dari pada Kejahatannya

7.      Surga Al Maqoomul Amiin,diciptakan dari emas,calonnya
a.   orang yg benar-benar bertaqwa kepada Allah Swt,

8.      Surga khuldi.diciptakan dari marjan merah dan kuning,calonnya :
a.   orang yg menaati perintahNya,dan menjauhi larangannya




Nama-nama Neraka dan Calon Penghuninya

1.       Neraka Jahanam,calon Penghuninya : 
-     Orang-orang munafik
-     orang Kafir
-     Orang durhaka
-     Orang yg mengikuti ajaran setan
-     Orang yg menghadap tuhan,dalam        keadaan berdosa
-     orang yg enggan mengeluarkan Zakat

2.      Neraka Jahiim,calon penghuninya : 
-     Orang yg mendustakan ayat ALLAH SWT
-     pendurhaka
-     Orang yg berusaha menentang Ayat ALLAH SWT

3.            neraka Hawiyah,calon penghuninya :
         orang yg lebih banyak dosanya dibanding kebaikannya

4.      Neraka Wail,calon Penghuninya : orang yg menerima timbangan dari orang lain meminta dipenuhi,namun menimbang untuk orang lain,mereka mengurangi

5.      Neraka Sair ,calon penghuninya : 
-     Orang yg memakan harta anak yatim
-     orang yg tidak mengikuti petunjuk ALLAH SWT
-     orang kafir
-     Orang yg terpedaya oleh setan
-     Orang yg menyimpang dari perintah ALLAH SWT
-     orang yg tidak beriman kepada ALLAH SWT,dan Rasul-NYA

6.      neraka Ladho ,calon penghuninya : orang yg berpaling dari agama,dan menimbun kekayaan tanpa Mengeluarkan zakat 

7       .Neraka Saqor ,calon penghuninya : orang yg semasa hidupnya ,tidak pernah sholat,tidak pernah memberi makan orang miskin,suka membicarakan kebathilan,dan mendustakan Hari pembalasan

8.      Neraka huthomah,calonnya :
orang yg suka mengumpat,mencela,dan berprasangka buruk,
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tanda 100 Hari Sebelum Sakaratulmaut

Tanda 100 Hari Sebelum Sakaratulmaut

Assalamualaikum...


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walau bagaimana pun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.




*100 hari sebelum hari mati.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapat daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda itu.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau 
ditinggalkan sesudah mati.

*Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pda ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


*Tanda 7 hari 


Adapun tanda ini akan diberikan kepada mereka yang dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tibanya berselera untuk makan.


 *Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan ditengah dahi kita diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar untuk ditegakkan.

*Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui Asar keesokkan harinya. 

*Tanda akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan yang sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.

Wallahhua'lam..

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Thursday 4 April 2013

Tanda-tanda awal barah otak


Barah otak adalah berkenaan ujudnya tumor pada bahagian tertentu otak.Barangkali anda sedang mencari tanda dan kaedah tertentu untuk menghadapi kanser berkenaan otak.



Tanda-tanda awal barah otak :
1. Sakit kepala yang teruk di waktu pagi berbanding tengah hari.
2. Gangguan penglihatan.
3. Sakit kepala menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau menunduk.
4. Gangguan percakapan
5. Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
6. Sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri.
7. Hilang ingatan ke atas hal-hal yang baru dan kemerosotan proses mental.
8. Hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan.
9. Loya dan muntah-muntah.
Jika anda ada tanda awal ini sila jumpa doktor segera. Hari ini saya akan kongsi Barah Otak Bahaya Kenapa Terjadi. Ini penyakit senyap yang amat bahaya. Jika teruk sukar nak ubat. antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain barah payudara. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Jenis-jenis kanser Otak
-Supra tentoria (bahagian atas otak)
-Infra tentoria (bahagian bawah otak)

Rawatan Ayat quran
SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT KANSER OTAK:
(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah At-Taubah ayat 46 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B. Amalan minggu ketiga dan keempat:
1. Surah Ar-Rahmaan ayat 21 hingga 60, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa’ ayat 99 hingga 112, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
C. Amalan minggu kelima dan keenam:
1. Surah Al-Anfaal ayat 41 hingga 46, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 25 hingga 33, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
P/s: kita hanya mampu berusaha dan berdoa,kemudian bertawakkal kepada Yang Esa..
x
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter