Search This Blog

Thursday 29 March 2012

PERMINTAAN TERAKHIR

22 September 2012 genaplah 3 tahun seorang dari arwah sahabat aq meninggalkan kami semua dan dunia...
Tp di kotak pemikiran ku masih teringatkan permintaan terakhir arwah Zulfiqa atau lebih sng dgn gelaran bon..



25 october 2010 semua mula sedar yang Zulfiqa atau lebih di kenali sebagai Bon Nampak pucat sangat, tapi apa yang kami kata sebagai seorang kawan? “Hanya demam biasa esok lusa baiklah tu”.
Tp keadaan Bon Nampak makin teruk sangat sampai tak larat nak bangun hilang selera makan cuma selaluminu air sejuk..
aku mula sedar dia kurang makan dan tiap malam bangun hanya minum minuman yang sejuk.

18 october 2010 pukul 12 tengah malam.. “Meor tolong carikan aku air carrot susu aku teringin sangat-sangat.” kata Bon pada aq..
Tp malang 1 hari suntuk aku mencari dari senai ke johor baharu xde jual lagi, ialahkan dah pukul 2pagi..
Dia redha dan hanya minum air orange saja.
Keesokkan harinya ibu Bon datang ke Kolej untuk jemput Bon.
Sebelum dia balik sempat lagi bergurau dengan aku. “Isnin ni aku balik kolej lps kelas kita pergi karoke lepas tu main bowling aku nak kalahkan kau meor tu hajat aku.” Kata-kata yang terungkap dari mulut arwah. “InsyaAllah” balas dengan senyuman sahaja dari aq.

20 october 2010 aku dapat panggilan dari ibu arwah yang mengatakan arwah dalam keadaan koma, aku Cuma boleh janji 22 october aku akan datang sbb aku cuti.
Tapi MALANG TIDAK BERBAU Allah lebih sayangkan dia..
22 october 2010 mmg aku kesana tp bukan untuk menjenguk keadaannya diHospital tapi di pusara...
aq terlambat sampai 5minit untuk tgk pengembumiannya..

sakitnya ya Allah kehilangan Sahabat Sejati…………………………… 22 october 2010 dia meninggal….
Al-Fatihah…
Zulfiqa bin Noorizan
27 FEBUARI 1991 – 22 OCTOBER 2010
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Wednesday 28 March 2012

DOA UNTUKMU

Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apakah doamu pada hari ini?" tany Ahmad kepada sahabatnya, Ali.
"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.
"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hany tersenyum tanpa berkata apa.

Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."
"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.
Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertany, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.
Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."
"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.
"Kenapa dengan anakmu?"
"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."
"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.
"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."
"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"
"Kenapa dengan aku?"
"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."
"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."
"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."
"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday 27 March 2012

MASA

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

JASA DAN PENGORBANAN

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral--> Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak... (Bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak...
... ... Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... Mak...
Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak...
Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak..
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak..
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..
Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak..
Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak..
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak..
Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak...
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak..
Aku selalu teringatkan ..... Mak..
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak..
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak..
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak..
Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak..
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak..
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak..
Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak..
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak..
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak..
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak..
Yang selalu berleter kat aku... Mak..
Yang selalu puji aku.... Mak..
Yang selalu nasihat aku...... Mak..
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak..
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.... Pasanganku..
Bila sedih, aku cari..... Mak..
Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku..
Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak..
Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku..
Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..
Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku..
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak..
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku..
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... Aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak..
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

"Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

"MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter