Search This Blog

Tuesday, 3 February 2015

Tiga Tahun Diganggu



Jitra: Bapa kepada penuntut wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata, pemuda tersebut adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

“Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

“Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,” katanya kepada pemberita.

Anaknya Nursyuhada, 20, yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak, semalam.

Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih menganggunya.

Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Menurutnya, pemuda tersebut pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.

“Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

“Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya,” kata Johari.

Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya telah mengelar leher Nursyuhada.

Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, pagi tadi. -

Sumber my metro Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Monday, 15 December 2014

Nuffnang buka peluang untuk.para blogger

Jom join


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Friday, 21 November 2014

Pak Tam Burger Bakar di buka di Johor Baharu..

Harga sangat berpatutan dan ada dalam bentuk ala carte dan menu set.
dalam.

menu set terdapat 1 burger 2 doses dan 1 tin Air


Perkhidmatan delivery pun di sediakan...

Berbisa dari biasa..

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday, 4 November 2014

Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia



Pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di sini sejak Sabtu lepas ditemui mati oleh sukarelawan mencari dan menyelamat.
    
Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui oleh anggota penyelamat sekitar 3.30 petang di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.
    
Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, Asisten Superitenden Rosli Amir ketika ditemui Bernama hanya memberi kenyataan ringkas berkenaan penemuan mangsa yang hilang sejak tiga hari lepas.
    
"Mangsa selamat dibawa turun kira-kira 6.40 petang tadi dan ditemui oleh pasukan penyelamat di celah batu. Dia dihantar ke Rumah Mayat Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar hilang selepas sertai maraton]

Dalam keadaan hujan lebat, operasi membawa turun mangsa memakan masa hampir tiga jam berikutan cuaca yang buruk dan laluan yang licin.
    
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi khemah operasi mencari dan menyelamat apabila anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak dan ada antara mereka pengsan sejurus mendapat berita sedih itu.
    
Ahmad Rafikin dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira pukul 6 petang Sabtu.
    
Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa beliau tidak  menemui Ahmad Rafikin yang sepatutnya diambilnya kira-kira 3 petang selepas acara itu.
    
Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota pasukan bomba dan penyelamat, polis, Rela, tentera serta penduduk kampung turut disertai anggota keluarga mangsa. - Bernama

Al-Fatihah.
  Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Wednesday, 3 September 2014

‘Tears’ semakin pulih

Kuala Lumpur: “Kami panggil dia ‘Tears’ kerana setiap kali melihat air mukanya itu menampakkan kesedihan, hati ini turut sama bersedih merasai sengsara dan kesakitannya itu,” kata Manjushree Aptathurai, 36, penjaga kucing yang didakwa dipukul seseorang pada 29 Ogos lalu.
Kisah Tears iaitu seekor kucing putih berbelang oren yang mengalami kepatahan rahang selepas dipercayai dipukul menggunakan kayu menjadi viral di laman sosial serta mendatangkan kemarahan orang ramai yang mahukan pembelaan bagi si comel itu. 
media berjaya menjejaki Manjushree iaitu penjaga baru si comel berkenaan. 

Manjushree yang juga pengasas sebuah pusat menyelamat haiwan di Balakong di sini, berkata keadaan Tears kini sudah bertambah baik selepas menjalani pembedahan membetulkan rahangnya yang patah teruk.

MANJUSHREE melawat kucing diselamatkannya di klinik haiwan.

“Saya tidak tahu punca dia dipukul dan bagaimana seseorang itu sanggup memukul kucing tak berdosa ini.


“Ketika saya menemuinya keadaannya sungguh menyedihkan dengan mulutnya hancur dan berdarah. 

“Saya menghantarnya mendapatkan rawatan di klinik haiwan, malah Tears terpaksa diberi makan dan minum melalui tiub khas,” katanya. 


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Sunday, 31 August 2014

Mulut Kucing Hancur Kerana Mencuri Ikan

Melalui blog portal mymediahubonline.blogspot.com Memaparkan gambar seekor kucing mulut pecah kerana mencuri ikan

SELAYANG: Seorang peniaga ikan di pasar Selayang sanggup memukul seekor kucing sehingga cedera parah gara-gara mencuri ikan.

Bagaimanapun, kucing malang itu kini selamat dan dijaga oleh insan yang masih sikap perikemanusiaan. 



Hampir semua gigi kucing ini patah akibat dipukul oleh peniaga ikan terbabit. Kecederaan yang teruk ini menyebabkan si kucing menghadapi kesukaran untuk makan dan terpaksa disuap menggunakan picagari. 
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Sunday, 24 August 2014

Kali Terakhir...



Oleh Raja Faraa. Kredit foto Ken Herai dan Kar Mann.


Nahas MH17 yang berlaku pada 17 Julai lalu memberi impak yang amat besar kepada semua masyarakat dunia. Paling terkesan dengan insiden ini adalah anak-anak kapal Malaysia Airlines yang masih berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut.



Antara yang sempat kami temubual adalah dua orang anak kapal MAS yang begitu rapat dengan dua mangsa nahas yang ditugaskan di dalam pesawat malang itu.



Halim atau lebih dikenali dengan nama Ken Herai menceritakan pengalaman bertugas bersama sahabatnya, MendiangAngeline Premila Rajandaran, pramugari yang terlibat dalam nahas itu.



“Gambar yang anda lihat di sini adalah gambar terakhir yang kami ambil di Amsterdam bulan lalu. Angie yang ambil gambar tu. Saya yakin dia masih menyimpan gambar itu di telefon bimbitnya,” ketika menceritakan tentang gambar yang dikongsikan bersama kami.



“Gambar Angie dengan patung pramugari KLM itu saya ambil. Sedih rasa hati bila tengok semula gambar itu semula,” ujar Ken lagi.



Ketika berkongsi gambar Angeline sedang mengigit medal, Ken ada cerita mengenai gambar itu. “Ketika kami ambil gambar ini, dia ada bertanya kepada saya kenapa nak gigit medal itu? Saya cuma jawab, berlakon saja jadi juara dan dia dengan cukup sporting beraksi di depan kamera saya.”



“Angeline adalah ‘juara’ di hati kami semua. Dia merupakan seorang rakan sekerja yang saya rasa senang untuk kerja bersama. Lemah lembut, cakap pun sopan dan apa yang buat saya terkilan sedikit apabila Angie tak sempat memuatnaik gambar kami di akaun Instagram miliknya. Semoga dia tenang di alam sana,” kata Ken mengakhiri temubual ringkas bersama kami.



Sama seperti Ken Herai, Kar Mann juga ada cerita mengenai Allahyarham Nur Shazana binti Mohamed Salleh. Kar Mann merupakan insan terakhir yang diberi peluang menghantar Shazana ke lapangan terbang sebelum pesawat yang membawa pulang sahabat baiknya itu ditembak oleh pihak tidak berhati perut di ruang udara sempadan Rusia-Ukraine.



“Sebelum dia berlalu pergi, saya ada beritahu dia saya akan tunggu dia pulang kerana saya ada satu berita yang ingin saya beritahu padanya.” ujar Kar Mann mengenai detik-detik terakhir bersama Shazana.



Menurut Kar Mann lagi, mereka juga sempat berbual di aplikasi Whatsapp sebelum Shazana menaiki pesawat malang itu untuk pulang dari Amsterdam.



“Shazana seorang krew yang sangat rajin dan selalu buat orang gembira bila bersamanya. Saya yakin, penumpang-penumpang di dalam pesawat itu pastinya gembira dengan servis dan layanan yang diberikan oleh kawan baik saya ini,” cerita Kar Mann tentang Shazana.



“Kali terakhir kami makan bersama, Shazana dengan bermurah hati memberi tip kepada pelayan kedai makan itu. Kata Shaz, kita hidup tak lama, tak mengapalah asalkan orang lain boleh gembira.”



Kar Mann yang masih bersedih diatas pemergian sahabat baiknya turut menulis ucapan di akaun Facebook miliknya.



“Bestie, I know you're in a better place now. You are very kind and cool person. You do not judge. You always make people happy and laugh. You make me learn to be more contented in life. Because I always never contented. But when I'm with you I learn something from you. Being positive and contented always. You will always be remembered. We all love you a lot.”



Dan, apa yang paling menyentuh hati, apabila Kar Mann menulis, “That night…you told me not to leave. Why you leave me so sudden? Why?”



Semoga roh mangsa-mangsa nahas MH17 tenang di alam sana dan proses membawa pulang jenazah dapat dilaksanakan dengan mudah. #MengenangMH17

Sumber : era.fm
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter