Search This Blog

Sunday, 30 September 2012

Sedih : Dari Sahabat Untuk Sahabat


Hari jumaat yang lepas, sedang aku leka dan kusyuk menghadap konsol permainan PS3 aku, tetiba, kekusyukan bermain terencat seketika bila henset iphone 4 aku berbunyi menandakan kemasukkan satu sms baru.


"huh,da abis opis hour pon ade sms lagi?" - suara2 kecil ketidak puasan hati bermain2 kerana mengandaikan sms tu atas urusan kerja, mmg sejak kebelakangan ni, lebih byk sms urusan kerja yang aku terima berbanding urusan personal dan cinta~


dengan dedikasi aku menekan butang "pause", mataku ku alihkan ke screen henfon ku ;

" 1 new message from samad "


"samad?betaun baru nak sms, ni lain tidak nak ajak g clubbing la ni" - hati kecilku mula membuat tuduhan liar
"naz, mlm ni spital selayang jom, saiful(bukan name sebenar) warded. kanser hati dow" - samad

"hah, kanser hati??!!" - fuh, penyakit paling membunuh la, nak begurau pun tak payah nak sampai main kanser hati.

"agak2 la der, nak bergurau tak payah lebey2 der" - sms balas ku hantar kepada samad.

"kalau aku tipu, ko bunuh aku" - sms balas samad


******


dalam perjalanan, aku dan samad sekadar mendiamkan diri. sisi releven otak kami berdua masih lagi gagal untuk menerima berita yang ku terima seketika tadi.satu persatu kenangan kami bertiga bermain di minda.


aku, samad dan saiful merupakan kawan yang akrab, sangat akrab. kadang kala aku rasa, hubungan aku dan mereka berdua lebih akrab dari hubungan aku dan 5 orang adik aku.kami bertiga memulakan sesi persekolahan di sekolah rendah yang sama. ditakdirkan berada dikelas yang sama dari darjah satu hingga ke tingkatan 3, bermain bola mewakili sekolah bersama, olahraga, badminton, juga bersama.boleh kate semua bende bersama la, kecuali tidur je lain2, sebab rumah lain2. err, kami juga meminati gadis yang sama di sekolah dulu~ ilya syazwani


saiful,orangnya aku boleh katekan memang sebijik perangai macam din beramboi, melawak memang tak pernah nak berenti, otak memang giler.dunia dia ibarat dipenuhi kegembiraan, nak tengok die sedih?memang susah yang amat.hati memang kental habis, aku yang sekarang ibarat bayangan dia, betol la orang kate, remaja mmg mudah dipengaruhi rakan sebaya.


*****

sampai di hospital, saiful sedang makan. bila nampak jer aku dan samad di muka pintu, senyuman di bibir beliau terus terukir.

"walaweh, kembar aku da sampai. hahahaha" perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau

"gini la member, makan tak ajak"- balas ku

"hahaha, jemput2" - pelawa beliau, " betahun da tak makan sesama ngan korang"

"giler, bukan ker baru bulan lepas kite makan kat kenny rogers, ko memang sengal la pul" - balas samad.

" hahaha, rilex la mad, pernah ke aku cakap bende yang betol.hahahahaha"


******


selesai makan,kami menghabiskan masa berborak. segala jenis cerita, berita, gosip, kenangan kami borakkan. dari situ jugaklahyang kami dapat tahu yang saiful kini berada di tahap kritikal kanser beliau. sudah 3-4 bulan lepas lagi beliau sudah tahun akan penyakit beliau, namun sengaja beliau sembunyikan dari pengetahuna kami berdua.


"ko ni pul, betul ke ko sakit ni,nampak cam orang sihat, ketawa memanjang" - soal samad

"abes?ko nak tengok aku sedih je la?" - soal saiful kembali

"takdela, aku kagum giler la ngan ko, serius dow, ko memang lagend la pul, kalau aku la, sure aku da terkulai kat katil, berair air mata da"- ujar samad lantas di sambut dengan anggukan kepala dari aku

"hahaha, der, korang da berkawan dengan aku dari sekolah rendah, 18 tahun da kite kenal, pernah korang tgk aku sedih?pernah korang tengok aku tak dapat ape yang aku nak?"



betol, memang die selalu dapat ape yang die inginkan sejak dari dulu. hidup dalam keluarga yang kaya memudahkan beliau memperolehi segala apa yang beliau ingini. hidup beliau mmg dari dulu, di penuhi dengan gelak tawa. sedih? memang takde la.


"ilya dulu pon aku yang dapat walaupon aku paling tak emsem. hahahaha" sambung saiful lagi


*******


"der,meh aku nak cakap,sejak dari aku kecil der, Allah tak pernah kecewakan aku. segala macam bende Allah beri pada aku. Allah beri aku keluarga,bagi aku kembar 2 orang ni, macam2 lagi. 24 tahun der Allah tak pernah hampakan aku, takkan la dengan ujian yang macam ni aku nak sedih2, nangis2 macam la selamani aku tak pernah hidup bahagia kan?ujian yang macam ni belum dapat memadamkan nikmat yang Allah bagi kat aku walaupon sikit tau. so knp aku nak kene sedih?"


mata aku da mula digenangi air mata. "member aku yang seorang ni memang kental" ujar aku di dalam hati saat mataku memandang mata beliau yang agak kekuningan akibat kenser


" korang pernag tengok kal ho naa ho kan?" soal saiful lagi

" pernah la derr" - jawab samad

" kan shahrukkan kate, ketawala, gembira la, kerana mungkin, esok tiada lagi.hahaha" - ujar saiful


airmata aku memang tak dapat di tahan lagi, pelahan air mata mengalir di pipi aku.

" ko ni memang ati lembut la naz " -

" korang, if nanti aku da tak ada, korang kene janji dengan aku, jangan tinggal solat.aku tau korang kaki tinggal solat subuh kan?kan?hahah janji tau"


aku dan samad sekadar mengangguk. "ko memang sahabat la pul, ko memang betul2 sahabat"

malam itu terus berlalu. aku dan samad sama2 menemani saiful tidur di hospital malam itu, banyak yang kami bualkan. macam tak jumpe bertahun2 lamanya.


*******

di saat aku menaip entry ni, saiful masih lagi di hospital, tiada apa yang mampu aku lakukan lagi melainkan memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan yang terbaik kepada rakan karibku itu. amin~


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday, 4 September 2012

MAAFKAN AKU SEBAB TERLAMBAT SAMPAI

tadi masa kat kedai mkn, aq nampak ada org berkerumun kat 1 tempat siap ada makcik jerit2 lagi.. aq pegi la sana nak tgk apa yg terjadi..
apa yg aq tgk sekor anak kucing kena belit dengan ular, di sebabkan aq tgk xde sorg pun tlg dengan anak kucing tu duk meow3.. aq amik kayu libas ular tu 3 kali baru ular tu pergi.. tp apekan daya kucing tu mati gak.. aq tanam tp hati nie terasa sebak gila.. Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday, 28 August 2012

gangguan di sebuah Resort


pernah x mengalami atau dengar cerita pasal hotel atau resort yang berhantu??

ini berasarkan pengalaman saya
saya sendiri pernah mengalaminya tahun lepas dekat sebuah resort di johor baharu  (nama di resort dirahsiakan).. masa tu saya berkerja shift malam dari pukul 11 malam hingga 7 pagi.. sy housekeeping atau pengemas bilik.. kebetulan masa tu shift malam sy sorg je..
sambung pada cerita misteri saya..
tepat jam 12:59am walkie talkie sy berbunyi.. paggilan dr office suruh sy kemas bilik H501, mmg sy ingt sgt.. kata org office ada yg suruh makeup bilik tu sy pun tanpa pikir panjang terus pegi.. naik lift, sampai level3 lift terbuka, tp xd org.. dekat level 4 terbuka lagi ada sorang budak dalam lingkungan umur 4tahun senyum ke arah sy terus lari.. sy xpedulikan sy terus ke bilik tu..
sampai kat bilik tu baru sy sedar bilik tu dah di kosongkan lama kononnya ada kes budak kecik mati di bilik tu.. sy terus ke office cek pabggilan yg di terima mmg dr bilik tu, sy cuba hubungi tp xdpt..
sy abaikan utk beranika diri dan terus pergi periksa bilik kosong yang lain, di blok f, blok f puratanya biliknya 2 tingkat..
semasa sy ke tingkat 2 air paip di tingkat 1 terbukak, sy pergi tutup tiba2 pintu di bilik atas tertutup sendiri.. sy pergi periksa tp xde apa..

jam dah tepat pukul 3pagi, sy terus ke blok H dengan niat nak singgah bilik sy h303 nak rehat sekejap.. sampai di lift sy sedar ada sorg budak tersangkut kat lift kelam kabut sy lari tlg dia, sampai kat lift hilang.. degan niat nak kebilik terus cancel sy ke h501 sebab nampak ada pasangan suami isteri di depan pintu tp terus ilang...

esok pagi sy tny pkeje lama baru sy tau h501 tu dulu ada suami isteri mati bunuh diri sbb anak dia mati kepala tersangkut kat lift...

ada ramai guest yg mengadu mlm2 sering dgr budak2 lari, ada yg main bell pukul 1,2 pagi..

*gambar sekadar hiasan
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Friday, 17 August 2012

Maaf Yang Pilu Di Hari Raya


mak abah... abg nak beraya dengan mak dan abah...
abang nak mohon ampun salam cium tangan mak abah...
abg sedar abg banyak buat dosa, abg derhaka..

abg nak minta maaf ..
mak cakap jangan keluar malam tp abg keluar juga..
mak suruh beli ubat abg jalan je buat tak endah kata mak..

tapi lepas mak pergi abg menyesal sgt..

abah abg nak minta maaf sgt2..
abah pernah pesan belajar rajin2, tp abg abaikan.
abah pesan bergaul dgn org berguna, tapi abg abaikan..
abah marah abg tp abg marah abah balik..
masa abah sakit teruk kat rumah abg xpeduli abg keluar juga dgn kwn2.

abah abg menyesal sgt2..

mak abah, abg anak derhaka abg mohon ampun dan maaf.. abg menyesal atas apa yg abg lakukan...

* hargailah ke dua ibu bapa anda selagi mereka masih ada...
Raya nie mohon ampun dgn ikhlas dan buatlah apa yg mereka harapkan... 


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Thursday, 12 July 2012

Hargai mereka yang berada disisi anda selagi mereka masih ada



Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
“Laila&” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak?”
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. “Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.” “Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah..” “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan.” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.” Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. “Laila&” “Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ”
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. “Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila&
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
Moral: Hargai mereka yang berada disisi anda selagi mereka masih ada
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Monday, 9 July 2012

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik 
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar 
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan 
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita 
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat 
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang 
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. 

Bas yang terhenyak-henyak dek 
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong 
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat 
tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang 
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. 
Naim kelihatan murung. 



" Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik 
rumah ke?" Naim mengubah topik. 
"Cadangnya gitulah!" 
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak 
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. 
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! 
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati. 
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila 
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi 
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. 
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam 
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab 
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang 
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang 
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. 
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang 
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim 
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. 
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat 
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi 
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je 
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur. 
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" 
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz 
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan 
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. 
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada 
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang 
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz 
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah 
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. 
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! 
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera 
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin 
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah. 
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya 
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" 
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal 
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah 
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa 
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. 

" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana! 

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya khabar
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter