Search This Blog

Saturday, 24 May 2014

DNA babi dalam produk coklat susu dikesan




SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan penemuan DNA babi (porcine) dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadburry Dairy Milk.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan analisis yang diambil dari tiga sampel, dua daripadanya didapati mengandungi porcine manakala satu lagi produk iaitu Coklat Susu Cadburry Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi DNA tersebut.
 
"Ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadburry Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
 
"Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya," jelasnya.
 
Orang ramai dan pengguna boleh merujuk laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang soalan dan pertanyaan.


Sumber : Sinar Harian
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday, 20 May 2014

Popia Nestum Rangup Mendapat sambutan luar biasa

POPIAH NESTUM RANGUP

*Sedap & rangup!! Tak cukup sekilo
*Sedapla...rangup..nanti raya kena oder.
Stock tak banyak " SIAPA CEPAT DIA DAPAT "


Price
500 g - Rm18 
1 KG - Rm35
2 KG - Rm65


Postage
Semenanjung - Rm7
Sabah/Serawak - Rm10


OFFER PRICE ( Free Postage )
3 KG - Rm95
4 KG - Rm120
5 KG - Rm150


whatsapp → 017-7765336
wechat id → meor samsul helmi 




Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Friday, 9 May 2014

Harith Iskander Dihentam Kerana Jadikan Hudud Bahan Lawak!

Sumber : Page Astro Gempak

Gara-gara memuat naik ‘status’ berkenaan hudud di laman Twitter miliknya semalam (Khamis), pelawak dan pelakon profesional Harith Iskander telah dihentam pelayar laman sosial termasuk peminatnya sendiri.


Perkara tersebut telah membangkitkan kemarahan sebahagian besar pengikutnya di laman Twitter dan mereka menganggap Harith tidak sensitif kerana dengan sewenang-wenangnya menjadikan hudud sebagai bahan jenaka.



Ada juga peminat yang terus berhenti mengikut Harith di Twitter kerana kesal dengan perbuatan pelawak itu yang sewenang-wenangnya mempermainkan hukum Hudud.



Ekoran itu, Harith Iskander terus menukar privasi akaun Twitternya daripada ‘umum’ ke ‘peribadi’, .



Diharap selepas ini tiada lagi status yang menyentuh sensitivity dinaikkan ya Harith! Jadikan pengajaran.



Kepada sesiapa sahaja terutama pelayar tegar laman sosial tidak salah jika mahu berlawak atau menyuarakan pendapat, tetapi biarlah kena pada caranya. Tambah-tambah lagi jika anda menjadi perhatian atau ikutan ramai. Bila dah terlajak kata, tidak boleh diundur…Tepuk dada, tanya diri sendiri!

Sumber : Page Astro Gempak
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Thursday, 1 May 2014

Rakaman audio terakhir MH370 dikongsi

Kuala Lumpur: Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, hari ini.

Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yang memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yang diambil antara 1.38 dan 6.14 pagi, pada 8 Mac.

Dalam satu kenyataan, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata laporan awal itu dikeluarkan berdasarkan kepada panduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian dan atas nama keterbukaan serta ketelusan, maklumat itu seharusnya diumumkan.

tekan sini untuk dengar rakamannya --> http://youtu.be/TBPL-FZup7c

Maklumat diumumkan itu termasuk:


a. Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur

b. Laporan awal berkaitan MH370, bertarikh 9 April. 
c. Dokumen tambahan, yang memberikan maklumat lanjut berhubung tindakan-tindakan yang diambil antara jam 01:38 dan 06:14 pada Sabtu 8 Mac. 
d. Peta menunjukkan laluan penerbangan MH370. 
e. Senarai kargo MH370. f. Pelan tempat duduk MH370.

LAPORAN AWAL MH370 (SIRI 03/2014)

Jenis Pesawat & Pendaftaran: Boeing 777-2H6ER, 9M-MRO.
Tahun Pengeluaran: 29 Mei 2002.
Negara Pendaftaran: Malaysia No Jenis Engin: 2 Rolls Royce RB211 Trent 892B17 .
Lokasi: Tidak Diketahui (Kali terakhir 'return' oleh Radar Pemantauan Sekunder (SSR), Waypoint IGARI).
Tarikh & Masa (Masa Tempatan) 8 Mac 2014 & Tidak Diketahui (kali terakhir `return' SSR pada jam 01:21:13).
Operator: Malaysian Airlines (MAS) .
Nama Penerbangan: MH 370 .
Jenis Penerbangan: Berjadual (Pengangkutan Udara Komersial), IFR Orang Dalam Pesawat: 227 penumpang + 12 anak kapal.

Sumber : Harian Metro Online

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Monday, 28 April 2014

683 penyokong Ikhwan dihukum mati

Minya (Mesir): Mahkmah Mesir hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas Ketua Ikhwan Mohamed Badie dan 682 penyokong pertubuhan itu.


Keputusan itu dibuat oleh Hakim Said Youssef Sabry selepas dua sesi perbicaraan yang mana sebahagian daripadanya diboikot pihak peguambela. 

Mahkamah sama turut meringankan hukuman mati ke atas 492 daripada 529 orang pada Mac lalu, dengan kebanyakan mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup.


SEORANG remaja Mesir menangis selepas mendengar keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman mati ke atas 683 pemimpin dan penyokong Ikhwan di Minya, hari ini. FOTO AFP

Keputusan mahkamah terhadap penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan lalu itu mencetuskan kecaman antarabangsa.


Mengikut undang-undang Mesir, kes hukuman mati akan dirujuk kepada ulama terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat. Mahkamah boleh memilih untuk menjatuhkan hukuman itu tetapi ia masih boleh dicabar di peringkat Mahkamah Rayuan. 

Daripada 683 yang dihukum mati hari ini, sebanyak 50 orang sahaja berada dalam tahanan. Hakim akan mengesahkan hukuman itu pada 21 Jun ini. Tertuduh lain yang belum ditahan berhak meminta dibicarakan semula jika mereka menyerah diri. 

Ini adalah kami pertama hukuman mati disabitkan ke atas Mohamed Badie, ketua ulama Ikhwan. 

Beberapa wanita ahli keluarga tertuduh yang menunggu di luar mahkamah pengsan sebaik mendengar keputusan mahkamah itu. 

“Di mana keadilan?”seru yang lain. 

Mereka yang dijatuhi hukuman mati itu dituduh terbabit dalam pembunuhan dan cubaan bunuh anggota polis di wilayah Minya pada 14 Ogos lalu, pada hari sama pasukan polis membunuh ratusan penyokong Morsi di Kaherah. - AFP 


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Friday, 25 April 2014

Hudud: Perlembagaan boleh dipinda


SHAH ALAM – "Perlembagaan boleh dipinda tetapi al-Quran tidak boleh dipinda'" demikian kemas kini status Twitter terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Status itu dilihat seolah-olah membidas kenyataan Pengerusi Biro Perundangan DAP Kebangsaan, Gobind Sing Deo, semalam.

Melalui status itu, Khairy berkata permasalahan hukum hudud bukan soal pelaksanaan sebaliknya penerimaan hukum tersebut.

“Apakah pelaksanaannya (hudud) praktikal dalam negara seperti Malaysia? Apakah kita mempunyai persekitaran yang sesuai untuk ia dilaksanakan? Itu soalnya.

“Hudud bertentangan dengan Perlembagaan? Perlembagaan boleh dipinda. Al-Quran tidak boleh dipinda. Soalnya pelaksanaan bukan penerimaan,” tulisnya pagi ini.

Semalam, Gobind menegaskan bahawa DAP tidak akan sekali-kali takut dengan sebarang ancaman dan bakal terus menentang pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan melanggar peruntukan Perlembagaan dan bertentangan agenda PR.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menganggarkan hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Thursday, 24 April 2014

Kubur Ibu Tunggal Adzlin Lin Halimi Bercahaya

Subhanallah Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya.



Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.
Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.
Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.)

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -sedekahkan Al-Fatihah
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter