Search This Blog

Loading...

Monday, 1 October 2012

Saklabah Dan Nabi




Assalamualaikum dan salamsejahtera semua…

Hari ini Meor nak ceritakan satu kisah yang pernah ustaz Sekolah Meor ceritakan 6tahun dulu yang agak mengesankan buat Meor..
ialah kisah seorang budak bernama Saklabah (Meor tak tahu ejaan sebenar),yang baru berumur 8 tahun.Budak ni mendapat didikan terus daripada nabi..jauh sekali taraf kita berbanding budak ni..Kita yang hanya belajar daripada buku,dengar2 apa orang cakap dan baca dari internet pun sudah pandai-pandai mengutuk orang lain..Cakap orang ni anti politik lah,cakap orang ni sesat n masuk nerakalah..sedangkan itu apa yang dia dengar daripada orang lain tanpa mendalami kenapa terjadinya sesuatu perbuatan itu..Paling tak best bila dia cakap jemaah dia paling betul dan konfem masuk syurga kalau mengikutinya..

Berbalik kepada kisah budak tu…

Suatu hari budak ni berjalan-jalan..Semasa berjalan-jalan tu dia telah melalui satu tempat permandian yang tertutup pintunya.Entah kenapa,tiba-tiba pintu terbuka dan ternampaklah akan Saklabah bahagian tubuh seorang perempuan..aku tahu,kalau korang yang lelaki yang menengok tu mungkin korang akan cakap alhamdulillah,rezeki..haha!Pandangngan pertama rezeki,yang next dikira dosa.Cit!Sebab tu mata tak kelip sampai 10 minit bila pandang susuk tubuh yang mengiurkan .Berbeza dengan Saklabah yang berumur 8 tahun tu..Dia beristighfar tanpa henti dan merasa amat bersalah..

Apa yang terjadi tu bukannya disengajakan pun tak macam sesetengah orang tu..Asal nampak gadis berjalan di hadapan je mesti bahagian yang pertama kali ditengok ialah dada..kalau berjalan belakang gadis,bahagian yang yang ditengok pula ialah punggung..(xpayah cover2,terus terang je)…

Akibat kesilapan yang tidak disengajakan,Saklabah pergi mengasingkan diri daripada orang ramai.Kira-kira seminggu dia menghilangkan diri sehingga nabi saw mengarahkan para sahabat mencarinya..Kira-kira seminggu itu jugalah Saklabah tidak makan apa-apa..Dia merasa sangat malu untuk berjumpa nabi.Dia merasakan diri dia amat jijik sekali selepas melihat sesusuk tubuh tanpa sengaja..

Para sahabat yang mencari Saklabah akhirnya bertemu dengan Saklabah yang lemah longlai dan terus dibawa untuk berjumpa dengan nabi saw..Seorang sahabat membaringkan Saklabah yang berumur 8 tahun tu di pangkuan nabi Muhammad saw.Saklabah seperti meronta sedikit apabila nabi cuba memandang wajahnya.Setiap kali nabi cuba memandang wajahnya,dia mengalihkan mukanya ke arah yang lain.Nabi tahu bahawa Saklabah yang lemah tu mungkin akan mati akibat kelaparan.Setelah ditanya nabi mengapa dia asyik memalingkan wajahnya ke arah bertentangan ketika dipandang oleh nabi maka berceritalah Saklabah akan perkara yang telah terjadi..Setelah bercerita,Saklabah meninggal di atas pangkuan nabi Muhammad..Nabi menjadi sebak sehingga menitiskan air mata…Bukannya besar sangat pun kesalahan dia berbanding kesalahan kita..Ketika membawa jenazah ke perkuburan,nabi berjalan secara menjingkit sehingga sahabat yang lain bertanya sebab kehairanan..nabi jawab:

“Aku berjalan macam ini kerana mengelakkan sayap-sayap malaikat yang hadir di sini”…Allahuakbar..Bertuah sungguh Saklabah kerana disambut kedatangannya oleh para malaikat..

Tengoklah…Bagaimana seorang budak yang baru berumur 8 tahun yang aku kira belum baligh lagi tetapi sudah mampu menghayati apa maksud iman dan ajaran nabi saw kepadanya..Kesilapan yang tidak disengajakan dan tidak pula dikira berdosa namun akibat perasaan yang amat bersalah,budak yang kecik ini malu untuk memandang wajah nabi..

Kita?Hanya mengaku kasihkan nabi tetapi bila bab nak amal sunnah,semua nak komplen..ada yang tak tahu pun apa yang diamalkan itu adalah sunnah…

Sekian…

P/S:Ganjaran orang yang amal sunnah yang tahu bahawa apa yang diamal tu adalah sunnah lagi banyak daripada orang yang amal sunnah tetapi tak tahu apa yang diamal tu adalah sunnah…

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

No comments: