Search This Blog

Tuesday 12 March 2013

Ajak Shiro Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Set



Sangat terkejut MiG Online dengar berita ini, tapi itulah yang terjadi kepada salah seorang ahli dari kumpulan Shiro iaitu Ajak yang mengalami kemalangan. Kejadian itu berlaku ketika Ajak sedang dalam perjalanan ke set penggambaran Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang arahan Pierre Andre. Laporan yang MiG Online terima dari krew produksi filem tersebut mengatakan ketika tu Ajak, dalam perjalanan turun dari bukit dengan menaiki motosikalnya melalui jalan yang berselekoh di Ulu Yam baru-baru ini.
Ajak dikatakan cuma mengalami kecederaan kecil sahaja cuma motornya sedikit rosak akibat terjunam ke dalam semak. Pierre sendiri mengakui bila mendengar perkara itu, dia pada mulanya sangat risau kerana hari itu merupakan scene terakhir dalam penggambaran filem tersebut. Walaubagaimanapun, MiG Online sangat suka dengan sikap bantu-membantu yang ditunjukkan oleh semua krew produksi semasa kejadian berlaku. Sharol pun sempat pose pulak yea. :D





Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

No comments: