Cerita ni bukan dah lama tapi sebagai muhasabah semua di ulang semula
MUHASABAH: Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling
Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar
duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di
Kuala Lumpur.
Datuknya membawa punjut duit syiling yang
bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah
tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut.
Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara
kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat
kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja
dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup
di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Bayangkan, semua orang menunggu
untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut.
Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita
ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak.
Dalam dunia
semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang
dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa
kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak
disalurkan kepada mereka.
Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil
rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini.
Selalunya golongan ini, tidak akan meminta-minta untuk menagih simpati
ramai malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang
sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.
Sebenarnya, inilah
ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan,
membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini,
mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum
mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel
dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain
juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh,
mungkin juga pemberian orang lain.
Gambar ini disebar bukan
untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami
sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang
anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah
sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan
yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita
terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit
gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar
tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak
bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka
tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc
jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.
Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.
anda boleh lah salurkan sumbangan anda terus ke
akaun bank Islam
datuknya Mohd Rodzi Ariffin 12-12202-023994-9
atau
akaun Maybank atas nama Shamsiah Yusoff 1121-8316-7327.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC
Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives
Follow us: @anarmnet on Twitter
No comments:
Post a Comment