Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan
Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan
semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga
Singapura yang tercicir.
“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita
itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu
yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal
Januari lalu.
Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed
Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan
terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.
Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.
Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi,
awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli
akhbar.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC
Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives
Follow us: @anarmnet on Twitter
No comments:
Post a Comment