Search This Blog

Wednesday, 3 September 2014

‘Tears’ semakin pulih

Kuala Lumpur: “Kami panggil dia ‘Tears’ kerana setiap kali melihat air mukanya itu menampakkan kesedihan, hati ini turut sama bersedih merasai sengsara dan kesakitannya itu,” kata Manjushree Aptathurai, 36, penjaga kucing yang didakwa dipukul seseorang pada 29 Ogos lalu.
Kisah Tears iaitu seekor kucing putih berbelang oren yang mengalami kepatahan rahang selepas dipercayai dipukul menggunakan kayu menjadi viral di laman sosial serta mendatangkan kemarahan orang ramai yang mahukan pembelaan bagi si comel itu. 
media berjaya menjejaki Manjushree iaitu penjaga baru si comel berkenaan. 

Manjushree yang juga pengasas sebuah pusat menyelamat haiwan di Balakong di sini, berkata keadaan Tears kini sudah bertambah baik selepas menjalani pembedahan membetulkan rahangnya yang patah teruk.

MANJUSHREE melawat kucing diselamatkannya di klinik haiwan.

“Saya tidak tahu punca dia dipukul dan bagaimana seseorang itu sanggup memukul kucing tak berdosa ini.


“Ketika saya menemuinya keadaannya sungguh menyedihkan dengan mulutnya hancur dan berdarah. 

“Saya menghantarnya mendapatkan rawatan di klinik haiwan, malah Tears terpaksa diberi makan dan minum melalui tiub khas,” katanya. 


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Sunday, 31 August 2014

Mulut Kucing Hancur Kerana Mencuri Ikan

Melalui blog portal mymediahubonline.blogspot.com Memaparkan gambar seekor kucing mulut pecah kerana mencuri ikan

SELAYANG: Seorang peniaga ikan di pasar Selayang sanggup memukul seekor kucing sehingga cedera parah gara-gara mencuri ikan.

Bagaimanapun, kucing malang itu kini selamat dan dijaga oleh insan yang masih sikap perikemanusiaan. 



Hampir semua gigi kucing ini patah akibat dipukul oleh peniaga ikan terbabit. Kecederaan yang teruk ini menyebabkan si kucing menghadapi kesukaran untuk makan dan terpaksa disuap menggunakan picagari. 
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Sunday, 24 August 2014

Kali Terakhir...



Oleh Raja Faraa. Kredit foto Ken Herai dan Kar Mann.


Nahas MH17 yang berlaku pada 17 Julai lalu memberi impak yang amat besar kepada semua masyarakat dunia. Paling terkesan dengan insiden ini adalah anak-anak kapal Malaysia Airlines yang masih berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut.



Antara yang sempat kami temubual adalah dua orang anak kapal MAS yang begitu rapat dengan dua mangsa nahas yang ditugaskan di dalam pesawat malang itu.



Halim atau lebih dikenali dengan nama Ken Herai menceritakan pengalaman bertugas bersama sahabatnya, MendiangAngeline Premila Rajandaran, pramugari yang terlibat dalam nahas itu.



“Gambar yang anda lihat di sini adalah gambar terakhir yang kami ambil di Amsterdam bulan lalu. Angie yang ambil gambar tu. Saya yakin dia masih menyimpan gambar itu di telefon bimbitnya,” ketika menceritakan tentang gambar yang dikongsikan bersama kami.



“Gambar Angie dengan patung pramugari KLM itu saya ambil. Sedih rasa hati bila tengok semula gambar itu semula,” ujar Ken lagi.



Ketika berkongsi gambar Angeline sedang mengigit medal, Ken ada cerita mengenai gambar itu. “Ketika kami ambil gambar ini, dia ada bertanya kepada saya kenapa nak gigit medal itu? Saya cuma jawab, berlakon saja jadi juara dan dia dengan cukup sporting beraksi di depan kamera saya.”



“Angeline adalah ‘juara’ di hati kami semua. Dia merupakan seorang rakan sekerja yang saya rasa senang untuk kerja bersama. Lemah lembut, cakap pun sopan dan apa yang buat saya terkilan sedikit apabila Angie tak sempat memuatnaik gambar kami di akaun Instagram miliknya. Semoga dia tenang di alam sana,” kata Ken mengakhiri temubual ringkas bersama kami.



Sama seperti Ken Herai, Kar Mann juga ada cerita mengenai Allahyarham Nur Shazana binti Mohamed Salleh. Kar Mann merupakan insan terakhir yang diberi peluang menghantar Shazana ke lapangan terbang sebelum pesawat yang membawa pulang sahabat baiknya itu ditembak oleh pihak tidak berhati perut di ruang udara sempadan Rusia-Ukraine.



“Sebelum dia berlalu pergi, saya ada beritahu dia saya akan tunggu dia pulang kerana saya ada satu berita yang ingin saya beritahu padanya.” ujar Kar Mann mengenai detik-detik terakhir bersama Shazana.



Menurut Kar Mann lagi, mereka juga sempat berbual di aplikasi Whatsapp sebelum Shazana menaiki pesawat malang itu untuk pulang dari Amsterdam.



“Shazana seorang krew yang sangat rajin dan selalu buat orang gembira bila bersamanya. Saya yakin, penumpang-penumpang di dalam pesawat itu pastinya gembira dengan servis dan layanan yang diberikan oleh kawan baik saya ini,” cerita Kar Mann tentang Shazana.



“Kali terakhir kami makan bersama, Shazana dengan bermurah hati memberi tip kepada pelayan kedai makan itu. Kata Shaz, kita hidup tak lama, tak mengapalah asalkan orang lain boleh gembira.”



Kar Mann yang masih bersedih diatas pemergian sahabat baiknya turut menulis ucapan di akaun Facebook miliknya.



“Bestie, I know you're in a better place now. You are very kind and cool person. You do not judge. You always make people happy and laugh. You make me learn to be more contented in life. Because I always never contented. But when I'm with you I learn something from you. Being positive and contented always. You will always be remembered. We all love you a lot.”



Dan, apa yang paling menyentuh hati, apabila Kar Mann menulis, “That night…you told me not to leave. Why you leave me so sudden? Why?”



Semoga roh mangsa-mangsa nahas MH17 tenang di alam sana dan proses membawa pulang jenazah dapat dilaksanakan dengan mudah. #MengenangMH17

Sumber : era.fm
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Friday, 20 June 2014

Zulaikha Adam tutup akaun facebook

Zulaikha Adam Pelajar UM Akhirnya Tutup Akaun Facebook | Berita terkini Zulaikha Adam pelajar UM tutup akaun Facebook. Susulan luahan tidak puas hatinya mengenai isu memakai purdah tersebar dilaman sosial, Zulaikha Adam telah mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook peribadinya. Tinjauan terkini mendapati pautan akaun Facebook Zulaikha Adam sudah tidak lagi ditemui.
Terdahulu pada 16 Jun 2014, Zulaikha Adam yang juga merupakan seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengawas UM yang memaksanya untuk membuka purdah ketika sedang menjawab soalan peperiksaan.

Peraturan UM yang melarang wanita memakai purdah ketika peperiksaan kini menjadi perbincangan hangat di laman sosial. 


Saya hanya copy dan paste cerita nie tanpa tambah 1 dan kurangkan 1 perkataan pun dari sumber di bawah..
Sumber --> HarakahDaily

saya tidak akan bertanggungjawab bagi sesiapa yang memutar belitkan cerita ini


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Thursday, 19 June 2014

Isu Peminat Ajak Nabila Tukar Agama, Amy Search Tidak Mahu Ambil Tahu


“Saya hanya tahu mengenai berita (peminat ajak tukar agama) itu semalam…Itu pun selepas membacanya di media.

“Saya tak mahu komen apa-apa…Saya dah malas…Biarlah perasaan ini saya kongsi dengan isteri sahaja…Saya tak akan cerita kepada sesiapa.

“Saya  tidak mahu ambil tahu lagi di mana dia berada, dengan siapa dia, kat mana dia…Biarlah dia,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi pada Khamis. 

Itu jawapan yang diberikan kepada Amy Search, bapa kepada pelakon Nabila Huda berikutan seorang peminat yang mengajak anaknya itu menukar agama.

Kata Amy lagi, sebelum ini dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya itu, tetapi tidak kali ini.

“Tidak mengapalah…kali ini saya takkan cakap apa-apa lagi,” ujarnya seakan kesal dengan kontroversi terbaru yang melibatkan Nabila itu.

Nabila Huda kini berada di Barcelona bercuti bersama kekasihnya. Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday, 3 June 2014

Faktor cuaca punca kupu-kupu gergasi banyak

KUANTAN: Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar.
Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang. 
 Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas. 


Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata, serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.

Beliau berkata, pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.


"Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun. 



"Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika dihubungi di sini. 



Prof Che Salmah berkata, faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya. 



"Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh. 



"Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah," katanya. 
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Saturday, 24 May 2014

DNA babi dalam produk coklat susu dikesan




SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan penemuan DNA babi (porcine) dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadburry Dairy Milk.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan analisis yang diambil dari tiga sampel, dua daripadanya didapati mengandungi porcine manakala satu lagi produk iaitu Coklat Susu Cadburry Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi DNA tersebut.
 
"Ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadburry Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
 
"Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya," jelasnya.
 
Orang ramai dan pengguna boleh merujuk laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang soalan dan pertanyaan.


Sumber : Sinar Harian
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter