Zulaikha Adam Pelajar UM Akhirnya Tutup Akaun Facebook | Berita terkini Zulaikha Adam pelajar UM tutup akaun Facebook. Susulan luahan tidak puas hatinya mengenai isu memakai purdah tersebar dilaman sosial, Zulaikha Adam telah mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook peribadinya. Tinjauan terkini mendapati pautan akaun Facebook Zulaikha Adam sudah tidak lagi ditemui.
Terdahulu pada 16 Jun 2014, Zulaikha Adam yang juga merupakan seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengawas UM yang memaksanya untuk membuka purdah ketika sedang menjawab soalan peperiksaan.
Peraturan UM yang melarang wanita memakai purdah ketika peperiksaan kini menjadi perbincangan hangat di laman sosial.
Saya hanya copy dan paste cerita nie tanpa tambah 1 dan kurangkan 1 perkataan pun dari sumber di bawah..
Sumber --> HarakahDaily
saya tidak akan bertanggungjawab bagi sesiapa yang memutar belitkan cerita ini
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter
46 comments:
Aku sokong ape yg dia cakap... yg xpakai tudung.. seksi sampai nampak ape yg tidak sepatutnya tak pe plak xnak larang.. tapi yg nak ikut islam nie nak larang bagai.. nie laa kalau islam pada nama... kejam...!
Apa la da jd dgn malaysia ni..
Apalah nak jd dgn malaysia ni..kata negara islam..
As ex um n senior dr die..mn ade studrnt um tym kelas n exam pakai seksi...diaorg still ilot dress code kalo die mpp y dint she log this issue to examination centre...x gne just mrh kt public..cz admin wont know abt this issue my ex rmate ok je pakai purdah no issue..die just unlucky jmpe pegawai yg x fhm agama...
Undang 2 yg takut bayang2 menjadikan manusia menjadi bodoh pak turut. .
Kearah menjadi sebuah negara anarki ke ni?
Solat pun x sampai kene tutop mulut dan hidung...allah dah tentukan kawasan aurat bukan...jadi untuk apa lebih2...jangan sampai menjadi riak...
Pada pendapat saya mungkin undang2 macam 2 dibuat sebab takut orang lain yang duduk jawab exam 2..bkn student sbnar.. sbb bla berpurdah muka xnampak agaknya.. saya x sebelahkan sape2.. cuma dari beberapa aspek kta kena fikir positif.. apa pn saya mjnta maaf andai pendapat saya ni x dipersetujui mana2 pihak.. hanya sekadar memberi pandangan.. saya pn bertudung dan islam ttp pegangan saya..
Allah itu adil.... Pengawas UM bodoh tak tahu pasal agama islam... Pengawas um lebih bodo dari pertandingan lembu bodo
Apa kau ckap ni ?? Nak ckp fkir pkai otak
Saya sokong adik Zu.. jangan mengalah. Allah always bersama kita...
Orang suruh blajar agama tk nak. Dah besar bebal. Nak bebal jgn mnyusahkan org. Yg riak nya pkai purdah pastu ltak gmbr kt fb bru bleh wujud riak. Kes skrg ni apa. Lain kali otak ada guna.
Pakai hijab ok tutup aurat dan muka bkn aurat pakai purdah dah jadi ke wajib ke.. tujuan utama adalah mgelak penipuan.. mana nak tahu sapa kala7 wajah pun x blh tgk.. ada betulnya juga UM buat undang2 tu.. x blh berpurdah masa PEPERIKSAAN...
Mungkin pihak UM igt dalam purdah tu ada toyol kot....hahaha
Mungkin..tapi mungkin jugak kalau x dilarang ada yg akan menyalah guna n pakai communication device pun boleh..
Mmgla pkai purdah tu bukan wajib..dn ye betullah tu takut nanti ad org lain pulak yg mnyamar buat exam..mmg betul semua tu..tp knp xbg warning awl2..knp mase die tgh jwb baru nk halau..klu bg warning awl2..die blh je patuh..ni mase tgh jwb jugak kene halau..tu je isu skrg..knp x warning awl2?
Aurat ikot mazhab syafie ada 3..aurat dlm solat lain..aurat dengan mahram lain..aurat dengan ajnabi lain.. =.=" xde kaitan dengan riak.. mohon blaja bab aurat lebih lagi..sekian~
Ada ta korg tau bnde nie..ada sesetengah wanita berpurdah kerana kcantikkan mereka hnya dilihat oleh suami sahaja... So mmg hak.masing2 kn klu nk bpurdah ke apa... Nie bkn soal riak ke apa..tpi nie soal hati mereka...rasa nya ta salah pun klu mereka bpurdah... Ta pe apa yg tjadi mayb ada hikmahnya... Jdi mohon zulaikah bsabarlah dgn insan2 yg suka.mpelekehkan org bpurdah nie...
X perlu la sampi membebalkan org.. kita Islam buat cara Islam la.. tegur baik2.. ape die katakan tu betul.. Allah dh tetapkan dh aurat.. ulama2 mazhab yg menetapkan purdah.. n btw kepada Nawar, kalau ikut kenyataan anda betullah zulaikha adam riak sebab letak gamba dlm fb.. mohon jaga sikit percakapan..
Pitra bodoh..bila berckp terserlah kebodohan
Salah ke kalu waktu exam tidak pakai purdah?? Tidak kn?? Bg pengawas tersebut hendak mengelak penipuan.. Bnda sunat kalu ditinggalkn atas dasar darurat takde mslh punn.. n yet bkn UM stdnt kalu pkai seksi kna potongan point ke?? Derr
Saya rasa mesti pengawas UM ni ingat Zulaikha ni bawa nota bawah niqab. Klu betullah rasa was-was sepatutnya sebagai pengawas yg terpelajar perlu lah ambil pendekatan lain. Contoh minta Zulaikha ni ddk kat bahagian depan sekali or ddk dkt dengan pengawas ddk. Ni tak ada dihalaunya.. Nak kate tut... kan, kat U.
Ni lah bdk zaman sekarang kat menggunakan akal yang panjang.
Lagi pun takde undang2 kat U pun kate tak leh berniqab
Assalamualaikum .. bagi pendapat saya berpurdah xjadi masalah ... kalo exam sekali pun ... kalau negara kita betul negara islam seperti mana 1 dunia tahu Malaysia negara Islam ... why not sediakan 1 bilik khas untuk check muka pelajar yg berpurdah ... spotcheck bfore exam ... kejar dunia .. utama kan agama kita ..xsalah kalau wat special untuk wanita2 muslimah. ..
Betul dah apa yg dia ckp tu.. xyah la jadi hamba dunia sgttt... tegur cara baik atau tulis besaqqqqqq2 depan pintu bilik exam tu.. kita ni xboleh berrtutup litup cara baikk.. jgn nk halang2 org pulakk.. jahil sgttttt dah tu
Anonymos yg ngaku die ex um. Are u sure no sexy ppl coming taking exam in um?ak pnh jage periksa um taun 2012. Belambak je yg seksi. Knyg budak2 laki yg jge exam. Btw, ak sokong hng yg pegawai yg die jmpe tu xphm agama
Ak pnh jge exam 2011. Xpnh plak ade kes org niqab meniru time exam.tp ade kes yg sexy nampak buah dada pon ade yg mniru syp2 simpan note bwh jaket. Time pgawas dtg cpt2 die pndg tmpt len.Mgkin die gune buah dada utk tarik perhatian kot.
Tak faham. Kenapa perlu keluar nk bukak purdah? Tak boleh buka on the spot ke sambil jawab? Rasanya buka purdah bknla sampai kena buka tudung dulu
Boleh igt kn sblm msuk dewan exam tu utk bkak..tgh jwb kne halau..kan ke da rugikn ms die..malukn die..isu riak bkn utama..tlg fokus..zulaikha cuma xpuas ati xde warning awal2...tlg fokus..
then we should feel sorry for her as she met the not so kind pegawai. I believe she wrote it under pressure. its the exam that really matters. Pity her that she was kicked out in the exam hall. However i hope this issue can be managed. win - win is what we want.
Assalamualaikum semua . Semua org ade point memasing nk menujahkan idea2 & pelbagai andaian n kemungkinan . Tak semua U yg membenarkan niqab dlm dress code . Sy sndri , ex stdnt salah satu IPTA yg Islam pun dress code nye tak membenarkan niqab . Jgn kan dlm exam hall , around kampus pun not allowed at all . Sy juga pernah dipekik oleh pengawal keselamatan krn tak membuka niqab sblm masuk ke kwsn hostel . Sy terima larangan tersebut . Cuma apa yg buat sy sedikit terkilan ialah , the way 'mereka2' yg memarahi kami yg berniqab ni . Hilang ciri2 n kaedah yg Islam dh gariskan . Mau'izhoh Hasanah tak de . Sy faham ape yg dirasakn oleh ukhti Zulaikha . At least biarlah kene dgn caranya . Warning sblm masuk exam salah satu nya . Sy sndri tidaklah membataskan pemakaian niqab sy . Sy flexible . Jika ditempat yg perlu dipatuhi undang2 cth spt di U , mahupun ditempat kerja sy yg tak membenarkan , sy akur . Except bila xde halangan sy teruskan pemakaian sbgaimana biasa. Ape ape pun semuanya ade kaedah n sangat memerlukan pemahaman . Wallahu'alam . ��
pakai purdah dtuntup oleh islam ke?ase xbdosa kn klau x pkai...lgipon byk benda kita perlu pkirkn ttg org pkai purdah..lau yg baik ok lah tpnlau de noat sblknye kita tw kn..myamar ke ape ke..tp aku skg stament psal pgwas 2 sptut bgi waarning bkn trus suh dia buka...kn time exm nt fokus tjejas...apr lah bgan sgt.
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA.. RATA RATA KAT SINI SEMUA ISLAM.. MUHASABAH DIRI JE LAH.. KALAU RASA TAK SUKA DENGAN UNDANG UNDANG UM SILA BERDEPAN DENGAN PEGAWAI UM YG SEPATUTNYA.. TAK PERLU TULIS KAT MEDIA SOSIAL AKHIR NYA SESAMA ISLAM JUGA YANG BERBALAH.. JUST MY 2 SEN
Semua tk bc betul2 apa yg si zulaikha ni kt..kan dia kt..knapa perlu time tgh jwb exam diorg suh kua..knapa tdk dr awl...bknnya isu berpurdah smata2 yg dikesalnya...hadoooii
hakhak. even mesir ni tahpape sikit dia punya rules. takdala smpai pakai niqab pun kena keluar exam . :3
Pendapat ni saya setuju..ada adab dan hikmah..
Betul la ko kata pakai purdah tidak wajib, muka dan tapak tangan bukan aurat. Tapi, ko pun lebih-lebih jugak, kan aurat lelaki dari parad pusat sampai paras lutut. Hah! cuba ko pakai takat wajib je.. tutup pusat sampai lutut, tak payah lebih-lebih pakai baju dan seluar panjang sampai buku lali. Macam tu juga pemakaian purdah atau niqab, ianya menyempurnakan pakaian kaun muslimah. Macam juga kaum muslimin pakaian baju dan seluar panjang adalah kesempurnaan.
Saya juga setuju.. bcakap dgn akal yg waras selari dgn ilmu yg dianugerahkn.
Hurm.kan elok berpurdah.boleh jauhkan fitnah.x faham kenapa ade yg mempertikai pemakaian purdah.lagi2 lelaki.
Zulaikha nak point part pengawas exam kacau die time jawab exam.jelas die tulis..len kali warning awal2..or tampal besar2 kt pintu no niqab allowed. Sepatutnye yg sexy2 dedah sana sini tu pun dipanggil keluar dewan. Sbb langgar peraturan U. Baru org x persoal. Akal ada kenapa x guna.
salah pegawai tersebut.
1. Tidak meletakkan notis 'penutup muka tidak dibenarkan', mungkin ada yang tak sihat pakai mask ke apa ke.
jadi dengan notis tu bolehlah si zulaikha ke tandas untuk tanggalkannya lebih awal. takdela isu jatuh air muka dia. kalau ada pegawai yang mintak bukak dekat situ jugak memang orang akan pandang2 dia le dan akan muncul suara cam ni, 'eh dia bukak la. o camtu muka dia. ooo bla bla bla'. bende yang selalu ditutupnya dilihat orang memang rasa malu la beb! kalau dia bukak di tandas awal2 takde la orang nak syak dia ni tutup muka. so takdela org nak usyar dia sangat. ada ja niqab yang nak bukak kene bukak tudung dolu pasal ada yang menggunakan getah. dahla tengah exam kalau tanggal bawah dagu gitu bolem sakit kepala darah tak jalan pasal ketat dah bergetah. adioss susahnya aku nak terang.
2. Tidak menghalang mahasiswa yang menutup wajah masuk ke dewan sebelum exam bermula.
Dah takde orang halang. So si zulaikha ni sangka takpe le kot. Ke pegawai2 tak perasan ade mahasiswa yang tutup muke maduk ke dewan? pegawai pub time mahasiswa melangkah masuk ke dewan tunggu jelah depan pintu untuk pastikan takde yang buat bende terlarang.
3. seandainya ada mahasiswa yang berpakaian tidak sopan dan menjolok mata, minta ditukar kepada pakaian yang sopan.
pasal ini pegawai kena adil jugaklah. dosa mata duk menengok orang tak nutup aurat tak kesah ke? jadi umum dan tetapkan awal2 pakaian apa yang dibenarkan. jangan time menjawab exam nak suro tukaq macam kes zulaikha ni. baru adil namanya. kalau pegawai non muslim tak setuju buat gini, mintak dia setuju jugaklah dan hormati Islam agama rasmi di Malaysia.
Di sini bukan nak membela si zulaikha tu sangat pasai aku penah nampak classmate aku amek exam dengan berniqab. Pegawai yang perempuan bawak classmate aku ke satu bilik yang takde orang lalu lalang dan mungkin untuk chek muka. bila depa kembali ke dewan pegawai perempuan tu khabaqkan dekat pegawai lelaki 'muka sama ngan ic, no ic dia sebut pun betul '. aku duduk depan so aku terdengaq la sikit perbualan depa. kalau pegawai tu non muslim mintak je dia hormat Islam sebagai agama rasmi.
Aku rasa si zulaikha ni bising pasai dia rasa semua ni tak adil. betul la jugak yang tak nutup aurat dibiaq gitu dah kenapa. yang duk tayang aurat tu pun 1 hal dah la bawak dosa dekat orang sekeliling. jenoh la orang sekeliling nak tunduk pandangan waduhh. kalau dibiarkan si zulaikha ni tutup muka sebenaqnya tak bawak dosa pun dekat orang sekeliling dia pasai dah nutup aurat.
soal riak tak riak itu soal hati. hati ni tuhan saja tau. kita ni sapa nak menilai niat di hati orang sekalipon. apa salahnya kita berfikiran baik? kalau yang berpurdah upload gambaq di internet, kita ni sibuk ngata lepas tu mempersoalkan niat orang. hat yang tak nutup aurat upload hampa tak kalot pulak nak persoal niat bagai.
ha'ah memang tutup muka itu sesetengah mazhab itu tak wajib. tapi aku rasa tak salah kita raikan orang yang berpurdah. aku rasa hampa semua patut berterima kasih dekat yang berpurdah paling cikai pun dia tak menambah dosa zina mata dekat hampa. lagi banyak pompuan yang tak menutup aurat wujud lagi banyak. ....... kau pandai2 lah pikiaq sendiri. lagi banyak kita menghentam wanita berpurdah lagi banyak wanita yang takut nak berpurdah.
aku tak paksa semua orang ikut komen aku ni tapi aku harap kau hormat wanita yang berpurdah. sekian terima kasih.
Apa2 yang terjadi saya percaya ada hikmah disebalik semua ni.Allah ingin membuka mata ramai org islam tentang niqab..alhamdulillah adik zulaikha berjaya mempertahankan niqab..ingat Allah sentiasa bersama hamba2Nya yang benar..hidup kite adalah novel yang terindah bg kite yang Allah karangkan..sesungguhnya hnya Dia yang mengetahui apa yang terbaik pada kite..adik LET GO, LET GOD, LET IT FLOW..
Pitra mati bersama Firaun laknatullah.
Likes 1000x boleh tak??������
Pitra, MURTAD boleh terjadi melalui perkataan/ucapan. Ini termasuklah merendah-rendahkankan / memperlekeh-lekehkan hukum-hakam Islam.
Setuju dengan pendapat yang diluahkan secara amat berhati-hati ini..
Knp bising persoalkan yg sunat? Knp x bising persoalkan yg terang tetang haram? Knp tunggu yg berniqab dihalau baru nk bising? Knp tidak bantah awal awal pagi yg x tutup aurat dengan gaya seksi dsbnya???
Dari pembacaan artikel diatas... Kesilapannya... Tiada teguran daripada pengawas tersebut sblm masuk ke dewan peperiksaan... Terus menghalau keluar dewan adalah tidak profesional dan melambangkan bkn org terpelajar... Itu saja...
Post a Comment