Search This Blog

Thursday, 4 April 2013

Tanda-tanda awal barah otak


Barah otak adalah berkenaan ujudnya tumor pada bahagian tertentu otak.Barangkali anda sedang mencari tanda dan kaedah tertentu untuk menghadapi kanser berkenaan otak.



Tanda-tanda awal barah otak :
1. Sakit kepala yang teruk di waktu pagi berbanding tengah hari.
2. Gangguan penglihatan.
3. Sakit kepala menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau menunduk.
4. Gangguan percakapan
5. Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
6. Sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri.
7. Hilang ingatan ke atas hal-hal yang baru dan kemerosotan proses mental.
8. Hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan.
9. Loya dan muntah-muntah.
Jika anda ada tanda awal ini sila jumpa doktor segera. Hari ini saya akan kongsi Barah Otak Bahaya Kenapa Terjadi. Ini penyakit senyap yang amat bahaya. Jika teruk sukar nak ubat. antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain barah payudara. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Jenis-jenis kanser Otak
-Supra tentoria (bahagian atas otak)
-Infra tentoria (bahagian bawah otak)

Rawatan Ayat quran
SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT KANSER OTAK:
(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah At-Taubah ayat 46 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B. Amalan minggu ketiga dan keempat:
1. Surah Ar-Rahmaan ayat 21 hingga 60, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa’ ayat 99 hingga 112, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
C. Amalan minggu kelima dan keenam:
1. Surah Al-Anfaal ayat 41 hingga 46, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 25 hingga 33, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
P/s: kita hanya mampu berusaha dan berdoa,kemudian bertawakkal kepada Yang Esa..
x
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Thursday, 28 March 2013

Pusara Allahyarham Seniman Tan P.Ramlee Musnah


Pusara Allahyarham Seniman Tan P.Ramlee Musnah – Punca Kejadian Belum Dapat Dikenalpasti

Semalam pihak Seniman telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pihak kami dan memaklumkan bahawa pusara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah musnah dalam satu kejadian yang berlaku sekitar petang semalam.

Namun begitu, menurut presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, dia sendiri belum tahu apakah punca sebenar kemusnahan tersebut dan akan cuba menyiasat punca berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Dalam kejadian yang sama, pusara yang turut musnah adalah pusara seniwati Saloma dan A.R Tompel.




Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Saturday, 23 March 2013

CARA ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH ATAU PERCUMA!


Tips ini berkesan untuk mereka yang memiliki kereta dan motosikal yang inginkan isian penuh dengan harga yang murah.


Sila ikuti step by step cara mengisi agar peratus keberjayaan meningkat.
Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang…. masa-masa tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah.
Dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga RM2.52 sen kat pam minyak jadi 1.28 or suka ati korang la nak letak berapa sen…
mula2 mmg aku tak percaya…
tapi……
1. Korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapapun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik hargakat pam korang pilih tu… x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau)yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer hargala
4. korang tekan ‘clear’ – utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter – 3x
6. then korang tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’2′, ’8′ (1.28 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi
8. tekan butang clear – 2x
9. Then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. Tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang
“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… xde keje lain ker…!!!!”
so korang dengan muka tersipu-sipu isi jer la minyak dengan harga baru kerajaan

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday, 12 March 2013

Ajak Shiro Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Set



Sangat terkejut MiG Online dengar berita ini, tapi itulah yang terjadi kepada salah seorang ahli dari kumpulan Shiro iaitu Ajak yang mengalami kemalangan. Kejadian itu berlaku ketika Ajak sedang dalam perjalanan ke set penggambaran Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang arahan Pierre Andre. Laporan yang MiG Online terima dari krew produksi filem tersebut mengatakan ketika tu Ajak, dalam perjalanan turun dari bukit dengan menaiki motosikalnya melalui jalan yang berselekoh di Ulu Yam baru-baru ini.
Ajak dikatakan cuma mengalami kecederaan kecil sahaja cuma motornya sedikit rosak akibat terjunam ke dalam semak. Pierre sendiri mengakui bila mendengar perkara itu, dia pada mulanya sangat risau kerana hari itu merupakan scene terakhir dalam penggambaran filem tersebut. Walaubagaimanapun, MiG Online sangat suka dengan sikap bantu-membantu yang ditunjukkan oleh semua krew produksi semasa kejadian berlaku. Sharol pun sempat pose pulak yea. :D





Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Friday, 1 March 2013

8 GAMBAR PALING MENGERIKAN DAN MENYAKITKAN SEPANJANG 2012

GAMBAR PALING MENGERIKAN DAN MENYAKITKAN SEPANJANG 2012










siapa nak iklankan produk anda tanpa modal

TEKNIK PEMASARAN EMAIL
Download FREE sini --> DOWNLOAD

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Sunday, 24 February 2013

MALU DENGAN SIKAP SEGELINTIR REMAJA MELAYU

Ya Allah, sedihnya lihat perangai budak-budak melayu baru nak naik ni. Begitu negatif pemikiran mereka pada saudara baru. 

Kepada Adam Corrie , rilek bro ramai dibelakang anda. Tingkahlaku dan perangai seperti itu langsung tidak mencerminkan atau menggambarkan perangai orang Melayu dan Islam yang sebenarnya. Moga mereka tidak menjadi parasit di atas bumi sendiri. Bro Adam, sama-sama kita mencari keredhaan dari Allah, bukan keredhaan dari manusia.

Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka.
(HR Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hati-hatinya. Janganlah kalian mengumpat kaum muslimin dan jangan mencari-cari keaiban-keaiban mereka. Kerana orang yang suka mencari-cari keaiban kaum muslimin, Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang dicari-cari keaibannya oleh Allah, nescaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia).”

(Riwayat ImamAhmad dan Abu Dawud )

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Monday, 11 February 2013

5 Tanda Awal Penyakit Jantung | Kesan Penyakit Jantung | Penyakit Pembunuh No 1 Dunia

TAJUK PADA KERATAN AKHBAR NI CUKUP MENGERIKAN SEMUAKAN.

1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.

nota :  sila rujuk nasihat pakar kesihatan .


Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter