Search This Blog

Monday, 10 March 2014

PARA BLOGGER dan orang Umum Hentikan Sebar Maklumat Palsu berkaitan MH370

sekarang sedang hangat di perkatakan tentang kehilangan Pesawat MAS MH370..
sangat menduka citakan semua..

Tapi yang paling sedih ramai yang ambil kesempatan dalam kes kehilangan pesawat nie terutama para Blogger yang menyebar maklumat dan berita palsu..
Anda sibuk mengejar trafik ke Blog kejar duit sampai lupa tentang kesedihan yang di Alami Waris Anak kapal dan penumpang.

HentikanLah buat begitu sepatutnya anda berdoa...

tak kurang jugak semua orang hentikanlah jadi ahli nujum buat andaian dan keluarkan status bodoh anda...

Semua ambil tindakan Hakimi sendiri

Bukan salah MAS ,Bukan salah PILOT ,Malah bukan salah sesiapapun
Kerana apabila allah berkata " Kun Faya Kun" ( Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. )
Maka dengan sekelip mata benda itu terjadi...

Kita doakan je yang terbaik dan semoga selamat semuanya..
 



Proy For MH370

Ya Allah..
Kami memohon padaMu
Sekiranya mereka masih berada di dunia tunjukkanLah pada kami semua di mana mereka.
Ya Allah..
RingankanLah beban mereka saat ini dan Kembalikan senyuman pada waris2 mereka
Semoga semuanya selamat..

Ammeenn..

Lagu Khas untuk Anak Kapal dan Penumpang MH370
DengarkanLah --> http://youtu.be/i7mvzJO34gI
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Wednesday, 5 March 2014

Saya Akan Menemui Tuhan Tak Lama Lagi – Tun M



Bukan politik, cuma nak share apa yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir di chedet.cc.
1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.
21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.
x
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Saturday, 1 February 2014

‘Kejujuran anak muda,mengatasi orang dewasa’

 


Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.
Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli akhbar.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Sunday, 26 January 2014

Perbezaan Antara SAHABAT dan IKHWAN Rasulullah S.A.W

Antara SAHABAT dan IKHWAN



Rasulullah S.a.w pernah bercakap kepada Sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar Sidiq..

" Wahai Abu Bakar, begitu rinduku kepada Ikhwanku," berkata Nabi S.a.w

" Wahai Rasulullah bukankah kami nie ikhwanmu?" jawab Abu Bakar.

" Bukan! kamu semua adalah Sahabat-sahabatku,". jawab Nabi

Ikhwan adalah saudara-saudaraku, mereka tdak pernah melihatku, tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih dari segalanya dan mereka juga mencintaiMu kerana kamu semua SAHABATku.. Mereka adalah umatku sesudah kewafatan ku.. kata Nabi kepada Sahabat-sahabatnya..


*Ikhwan yang Rasulullah S.a.w maksudkan ialah kita semua....
lihatlah bertapa rindunya Nabi S.a.w pada kita..
*Ya Allah kami semua rindu padi Nabi Muhammad S.a.w.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

PELAWAK di Zaman Rasulullah S.A.W

Zaman Rasulullah S.A.W pun dah ade pelawak tau..

nama dia Nuaiman Al Ansary...
gerak geri dia perwatakan dia cukup buat orang ketawa...
sampaikan dia masa dia terangkan pada Rasulullah kenapa dia lari dan sembunyi dari Rasulullah pun... dan cukup buat Rasulullah ketawa..

tapi siapa pun beliau.. beliau sangat manis dan bersifat kasih sayang... beiau cukup sayangkan Rasulullah..

Kerana orang beginiLah dunia penuh dengan corak kehidupan..

 
 *gambar di atas hanya sebagai hiasan
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Wednesday, 8 January 2014

Kisah Sedih Adik Khatijah Jelaskan Yuran dengan Syiling

Cerita ni bukan dah lama tapi sebagai muhasabah semua di ulang semula



MUHASABAH: Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling

Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak.

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta-minta untuk menagih simpati ramai malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.

Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.


 anda boleh lah salurkan sumbangan anda terus ke

akaun bank Islam
datuknya Mohd Rodzi Ariffin 12-12202-023994-9
atau
akaun Maybank atas nama Shamsiah Yusoff 1121-8316-7327.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday, 12 November 2013

Tips Ulangkaji & Menghafal Sebelum Exam

Mesti ramai di antara kita atau anak-anak kita yang susah masuk masa ulangkaji pelajaran sebelum EXAM kan..
kat sini saya akan kongsikan beberapa Tips Ulangkaji atau ingat pelajaran sebelum Exam..

1 - NOTA 
  •  guna kan 1 kertas bersaiz A4 dilipat kecilseperti dalam rajah di bawah,dan tulis kan isi-isi penting sahaja dalam kertas tersebut, dalam bentuk point secara ringkas senang ingat..
  • jika nota tu berwarna-warni lagi bagus. 
  
 2 - TIDUR/REHAT
  • Tidur sebelum jam 12:30 malam, sebelum tidur hafal 1 bab, dan minum air masak..
  • Tidur awal dapat melancarkan otak kita senang berfikir pada pagi hari


3 - SUBUH/SARAPAN
  •  Elakkan Tidur selepas Subuh, lepas solat subuh sebaiknya ulangkaji.. kerana pada masa tu otak kita masih FRESH dan senang terima apa yang kita baca.
  • Sarapan sebelum atau selepas ulang kaji.. kalau anda tak sarapan masa di dewan Exam tumpuan akan hilang dan mudah cepat BLUR. ( elakkan sarapan sesuatu yang berat contoh nasi )



4 - RESTU
  • Dapatkan Restu Ibu bapa dan guru amat penting..

5 - PERJALANAN


  • Perjalan ke Sekolah atau ke tempat EXAM mulakan langkah anda dengan kaki kanan dan Bismillah..
  • Elakkan Ulangkaji semasa dalam perjalanan.



6 - PERSIAPAN AKHIR


  • Persiapan akhir sebelum masuk dewan EXAM, baca nota ringkas yang anda buat dalam masa 10 minit.. bagi menhafal yang mana terlupa.
  • cara ini telah di gunakan Ramai graduan universiti termasuk saya sendiri. di saat akhir lebih mudah menghafal.


7 - DOA 
  • Berdoa di saat akhir agar di permudahkan semasa menjawab EXAM.
  • Baca Al-Fatihah dan di susuli doa di bawah..


Penulisan Asal dan Milik : Meor Samsul Helmi

Fb Personal : Meor Samsul Helmi
 
Fb Page : Nota Meor




Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter