Search This Blog

Saturday, 1 February 2014

‘Kejujuran anak muda,mengatasi orang dewasa’

 


Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.
Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli akhbar.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Sunday, 26 January 2014

Perbezaan Antara SAHABAT dan IKHWAN Rasulullah S.A.W

Antara SAHABAT dan IKHWAN



Rasulullah S.a.w pernah bercakap kepada Sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar Sidiq..

" Wahai Abu Bakar, begitu rinduku kepada Ikhwanku," berkata Nabi S.a.w

" Wahai Rasulullah bukankah kami nie ikhwanmu?" jawab Abu Bakar.

" Bukan! kamu semua adalah Sahabat-sahabatku,". jawab Nabi

Ikhwan adalah saudara-saudaraku, mereka tdak pernah melihatku, tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih dari segalanya dan mereka juga mencintaiMu kerana kamu semua SAHABATku.. Mereka adalah umatku sesudah kewafatan ku.. kata Nabi kepada Sahabat-sahabatnya..


*Ikhwan yang Rasulullah S.a.w maksudkan ialah kita semua....
lihatlah bertapa rindunya Nabi S.a.w pada kita..
*Ya Allah kami semua rindu padi Nabi Muhammad S.a.w.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

PELAWAK di Zaman Rasulullah S.A.W

Zaman Rasulullah S.A.W pun dah ade pelawak tau..

nama dia Nuaiman Al Ansary...
gerak geri dia perwatakan dia cukup buat orang ketawa...
sampaikan dia masa dia terangkan pada Rasulullah kenapa dia lari dan sembunyi dari Rasulullah pun... dan cukup buat Rasulullah ketawa..

tapi siapa pun beliau.. beliau sangat manis dan bersifat kasih sayang... beiau cukup sayangkan Rasulullah..

Kerana orang beginiLah dunia penuh dengan corak kehidupan..

 
 *gambar di atas hanya sebagai hiasan
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Wednesday, 8 January 2014

Kisah Sedih Adik Khatijah Jelaskan Yuran dengan Syiling

Cerita ni bukan dah lama tapi sebagai muhasabah semua di ulang semula



MUHASABAH: Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling

Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak.

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta-minta untuk menagih simpati ramai malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.

Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.


 anda boleh lah salurkan sumbangan anda terus ke

akaun bank Islam
datuknya Mohd Rodzi Ariffin 12-12202-023994-9
atau
akaun Maybank atas nama Shamsiah Yusoff 1121-8316-7327.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday, 12 November 2013

Tips Ulangkaji & Menghafal Sebelum Exam

Mesti ramai di antara kita atau anak-anak kita yang susah masuk masa ulangkaji pelajaran sebelum EXAM kan..
kat sini saya akan kongsikan beberapa Tips Ulangkaji atau ingat pelajaran sebelum Exam..

1 - NOTA 
  •  guna kan 1 kertas bersaiz A4 dilipat kecilseperti dalam rajah di bawah,dan tulis kan isi-isi penting sahaja dalam kertas tersebut, dalam bentuk point secara ringkas senang ingat..
  • jika nota tu berwarna-warni lagi bagus. 
  
 2 - TIDUR/REHAT
  • Tidur sebelum jam 12:30 malam, sebelum tidur hafal 1 bab, dan minum air masak..
  • Tidur awal dapat melancarkan otak kita senang berfikir pada pagi hari


3 - SUBUH/SARAPAN
  •  Elakkan Tidur selepas Subuh, lepas solat subuh sebaiknya ulangkaji.. kerana pada masa tu otak kita masih FRESH dan senang terima apa yang kita baca.
  • Sarapan sebelum atau selepas ulang kaji.. kalau anda tak sarapan masa di dewan Exam tumpuan akan hilang dan mudah cepat BLUR. ( elakkan sarapan sesuatu yang berat contoh nasi )



4 - RESTU
  • Dapatkan Restu Ibu bapa dan guru amat penting..

5 - PERJALANAN


  • Perjalan ke Sekolah atau ke tempat EXAM mulakan langkah anda dengan kaki kanan dan Bismillah..
  • Elakkan Ulangkaji semasa dalam perjalanan.



6 - PERSIAPAN AKHIR


  • Persiapan akhir sebelum masuk dewan EXAM, baca nota ringkas yang anda buat dalam masa 10 minit.. bagi menhafal yang mana terlupa.
  • cara ini telah di gunakan Ramai graduan universiti termasuk saya sendiri. di saat akhir lebih mudah menghafal.


7 - DOA 
  • Berdoa di saat akhir agar di permudahkan semasa menjawab EXAM.
  • Baca Al-Fatihah dan di susuli doa di bawah..


Penulisan Asal dan Milik : Meor Samsul Helmi

Fb Personal : Meor Samsul Helmi
 
Fb Page : Nota Meor




Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Tuesday, 1 October 2013

Afdlin Shauki dekat dengan peminat melalui Produk keluaran Boboi

Afdlin Shauki, nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air..
Seorang pengarah,pelakon,penyanyi dan pelawak..
telah mendekatkan diri dengan peminat dengan mengeluarkan produk BOBOI..

ProdukNya..

 Pelikat PAnts


 BOBOI EMCC

Pada yang berminat untuk dapatkan barangan BOBOI
boleh klik sini --> Afdlin Shauki

tak di lupakan juga Afdlin Shauki telah menjadi duta untuk
 
x-power cafe

Nantikan kemunculan Komik Boboi dan Filem papadom 2



Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter

Sunday, 29 September 2013

Cara-cara nk mengesan orang yang lemas dalam sungai

Cara-cara nk mengesan orang yang lemas dalam sungai...
kalau polis,bomba dan orang ramai lain cari, tapi tak jumpa jugak.. 
Boleh buat cara macam ni :
 
 
 
 1. ambik 7 biji batu,duduk di tempat mula-mula budak yang lemas tu terjun 
2.batu pertama baca surah al fatihah 7kali 
3.batu kedua selawat 7 kali
4.batu ketiga surah alaaraf ayat 3,7 kali
5.batu keempat surah al ikhlas 7 kali
6.batu kelima surah alfalaq 7 kali
7.batu keenam surah alnas 7kali
8.batu ketujuh surah kursi 7 kali

Setiap kali nak melempar batu tu,baca "bismilahiAllahuakbar".Insyallah dengan izin Allah,batu tu akan menepis dan pukul segala gangguan dan benda yang menyembunyikan mayat budak tersebut dan insyallah kita akan jumpa budak yang lemas itu. Dengan izin Allah org yg hilang akan ditemui.

sumber : Ustaz Kazim
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz2BBCrlMnC Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives Follow us: @anarmnet on Twitter